Oleh itu, katanya, tidak timbul soal sama ada seseorang calon yang bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda perlu meletakkan syarat sama ada mahu dilantik atau tidak dalam Kabinet.
”Saya rasa, ini bukan tempat kita untuk meletakkan syarat nak dilantik didalam Kabinet dan sebagainya. Itu hak mutlak PM. Insya-Allah, apa-bila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan PM Mac nanti, beliau sendiri akan tentukan dan bukan tempat kita mahu tentukan.
”Lagipun, kita hanya baru jadi calon dan belum tentu jadi Ketua Pemuda lagi. Tak payahlah nak letak syarat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan serta sesi dialog dengan penduduk Kampung Sentosa Jaya, dekat paroi, di sini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendiriannya jika menang jawatan Ketua Pemuda serta ditawarkan menjadi angota cabinet.
Sebelum ini, dua calon Ketua Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohamad Khir Toyo menyatakan pendirian tidak mahu jawatan Kabinet jika menjadi Ketua Pemuda.
Mukhriz memberi alas an mahu menumpukan usaha memperkukuhkan Pemuda dalam menangani pelbagai isu termasuk mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO, manakala Mohamad Khir pula dilaporkan berkata, keputusannya itu disebabkan jawatan dalam Kabinet akan mewujudkan banyak halangan dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Pemuda.
Sementara itu Khairy berkata, sekiranya PM merasakan perlunya perkhidmatan Ketua Pemuda UMNO sebagai angota pentabiran, dalam apa sekalipun, penyandang jawatan itu perlu menurutinya.
”Kalau PM pada waktu itu rasa mungkin tidak ada tempat untuk Ketua Pemuda, kita kena terima juga. Sekarang, bukan tempat kita untuk kata ‘Saya nak terima atau tidak’. Itu sepatutnya tak menjadi isu,” katanya.
Ketika ditanya sama ada keenganan dua calon Ketua Pemuda itu dilantik ke dalam kabinet sebagai strategi untuk meraih undi pada pemilihan nanti, Khairy berkata, beliau enggan member i alasan andaian dangan alasan tidak adil untuk mengulas visi serta misi calon lain yang layak bertanding.
Menurutnya, sepanjang pengalamannya selama lapan tahun dalam barisan kepimpinan Pemuda, beliau tidak pernah berdepan masaalah menjalankan tugas dalam Pemuda dan Kabinet.
”Isu sama ada Ketua Pemuda perlu memengan jawatan Kabinet sebenatnya berganyung kepada pemimpin itu sendiri berdasarkan cara mana nak menguruskan masa terbaik.
“Kalau kita nak ‘check and balance’ tetapi berada diluar kerajaan, kita mungkin tak dapat membawa suara Pemuda kepada pentabiran (kerajaan) dengan baik. Kalau ada dalam pentabiran, suara Pemuda dapat disampaikan kepada platform paling tepat katanya.
Gambar-gambar KJ di Kampung Sentosa Jaya, Taman Rasa Sayang dan Tampin
Makan Tengahari di Balai Raya Kg Sentosa Jaya bersama Jawatankuasa UMNO Cawangan dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban.
Mendengar aduan penduduk di kawasan setinggan yang memerlukan bantuan membaiki rumah dan bekalan air bersih.
Melihat sendiri kadar kebersihan air yang digunakan untuk diminum dan kegunaan harian penduduk di kawasan setinggan yang tidak mendapat bekalan air bersih.
Mendengar rintihan seorang warga emas yang memerlukan bantuan kewangan bulanan bagi menguruskan keperluan harian, dan KJ memaklumkan kepada pegawai JKM agar meneliti perkara ini dengan memberikan bantuan warga emas.
Melihat sendiri aduan yang dibuat oleh Ketua UMNO Cawangan Taman Rasa Sayang berkaitan kesulitan yang mereka hadapi saban hari akibat kelewatan penyiapan projek pembentungan.
Menghadiri kenduri kesyukuran yang diadakan oleh Sdr. Mohd Isam, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin di Gemenchih. Majlis tersebut yang diadakan di masjid dimulakan dengan Solat Maghrib, diikuti bacaan Surah Yassin dan Solat Isya’.