Thursday, May 29, 2008

BADRUL HISHAM BAKAL MENJEJAKI EZAM

Written by Cengal

Hanya bermula dengan desas-desus dan gosip liar, akhirnya orang kuat penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga bekas Ketua Pemuda Keadilan iaitu Ezam Mohd Noor sah memohon untuk menyertai semula UMNO.

Ezam telah menyerahkan borang permohonan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi petang semalam (Rabu) dengan yuran sebanyak RM100 untuk menjadi ahli seumur hidup parti UMNO.

Terdapat spekulasi baru yang menyatakan bahawa ada dikalangan golongan muda yang juga dikenali ramai sebagai orang kuat Keadilan akan menurut jejak langkah Ezam menyertai UMNO. Beliau yang dimaksudkan adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan, Badrul Hisham Shaharin.

Badrul dan Ezam yang dikatakan kerap kali mengadakan pertemuan dan membincangkan sesuatu secara berdua mendatangkan satu teka-teki akan kebenaran spekulasi ini. Persoalannya, bilakah pula Badrul akan mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan Keadilan dan menyertai UMNO?

Berapa lama penafian yang akan Badrul pertahankan bahawa desas-desus ini hanya spekulasi semata-mata? Apakah motif permainan politik yang cuba dimainkan oleh kedua anak muda ini?

Walau apapun permainan yang dirancang dan motif yang tersembunyi, yang pastinya parti Keadilan Rakyat kini sedang goyah dan menunggu masa untuk rebah bila-bila masa sahaja. Kepercayaan ahlinya semakin berkurangan dan menipis menyebabkan parti ini tidak lagi kukuh.