Thursday, May 22, 2008

MOKHZANI DAN MUKHRIZ TIDAK SEHALUAN

Wrriten by cengal

Mengikut jejak langkah bapa dan ibu tercinta. Itulah yang dilakukan oleh seorang ahli korporat yang juga anak kedua Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Mokhzani Mahathir apabila beliau juga mengumumkan keluar daripada UMNO dan telah menghantar surat mengenai perkara tersebut ke pejabat UMNO Bahagian Merbok menerusi faks beberapa hari lepas.

Berlainan pula tindakan adik beliau iaitu Mukhriz Mahathir yang sudah beberapa kali membuat kenyataan yang sama iaitu tidak akan meninggalkan UMNO miskipun sudah beberapa kali menyatakannya secara terbuka.

Malah tindakan Mukhriz ini mendatangkan rasa jengkel pula dikalangan para wartawan yang menjangkakan berita selain kenyataan itu. Mereka hampa kerana perkara yang sama juga diulang-ulang oleh Mukhriz.

Disebabkan Tun tidak dapat menyakinkan Mukhriz untuk mengikut jejak langkah beliau, akhirnya Mokhzani yang turut serta. Mokhzani, menjadi ahli UMNO selama 22 tahun sejak tahun 1986 dan meletakkan jawatan sebagai Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO pada 2001 kerana faktor had usia.

Bekas Ketua Pemuda UMNO Merbok itu yang lebih aktif dalam sektor korporat juga pernah menyandang jawatan Bendahari UMNO Kedah.

Nampaknya keluarga Mahathir amat gemarkan angka 22 tahun. Adakah Mukhriz juga akan menunggu angka 22 untuk membuat kejutan sepertimana bapa dan abang beliau?

Tindakan Mukhriz yang meletakkan syarat sehingga Julai ini untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan parti dan kerajaan atau beliau pula akan bertindak keluar parti adalah keterlaluan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menegaskan bahawa dalam parti, kesetiaan, kedudukan, kejujuran dan keikhlasan kita bukan satu permainan yang boleh dijual beli.

Mukhriz harus sedar bahawa dalam diri beliau sudah tiada lagi kesetiaan pada UMNO dan perjuangan yang dilakukan oleh beliau hanyalah semata-mata mahu menyelamatkan kedudukan bapanya yang ternyata tergugat dengan pelbagai spekulasi yang negatif.

Memang wajar jika Mukhriz dihadapkan ke muka pengadilan Jawatankuasa Pengurusan Parti di mana beliau akan diadili sewajarnya. Mukhriz sudah derhaka pada bapanya kerana tidak mendengar kata bapanya.

Mukhriz juga derhaka pada perjuangan parti UMNO dengan tindakan beliau itu. UMNO tidak memerlukan ahli yang derhaka untuk teruskan perjuangan. Tanpa Mukhriz, UMNO akan terus berjuang demi agama bangsa dan negara ini.

15 comments:

Anonymous said...

Kemungkin Mukhriz mempunyai agenda tersendiri didalam Umno, negara ini negara demokrasi.Sesiapa sahaja bebas bercakap dan menyuarakan pandangan mereka, tetapi adakah cara Mukhriz ini betul.

Perlukah Mukhriz menyalak Supaya Pak Lah meletakkan jawatannya? ini gila kuasa namanya.

Anonymous said...

Mukhriz baru nak dapat5 kuasa macammana Mukhriz nak letak jawatan. beri la peluang pada Mukhriz membuktikan yang beliau seorang pemimpin muda yang gagah berani.

Mukhzani siapa? dia langsung tidak ada kepentingan dalam umno.

Nampaknya Tun gagal mendidik anak-anaknya.

Anonymous said...

mukhriz tidak yakin pada diri sendiri.susah kau kalau kau tak yakin pada diri sendiri.ada ka patut tunggu PAKLAH letak jawatan.dulu tunggu tok hisham kosong kerusi.ni apa asyik main tunggu. sapa nak tunggu kao.kao nak keluar parti kao boleh keluar. banyak orang lain adalah.orang yang macam mukris mahathir anak beranak dia memang tak patut ada dalam parti UMNO .saya dan ramai lagi ahli UMNO dah meluat dengan sikap anak beranak mahathir ni. terlalu banyak sangat HIPOKRIT.apasal dah tak berani nak bertanding ketua pemuda UMNO MALAYSIA ke sampai nak tarik hand brek pulak.sebelum ni dia lah hero round satu malaya macam kasim selamat daa..badigol..........

Anonymous said...

Pemimpin datang silih berganti.. Beri ruang dan peluang pada Pak Lah mentadbir kerajaan dengan caranya yang tersendiri.. Semua manusia dalam dunia ni melakukan kesilapan.. Mari sama2 kita sebagai ahli parti berganding bahu bekerja dan terus menerus menyokong Pak Lah.. Jangan biarkan PETUALANG2 mengkhianati UMNO !!! Berpolitiklah secara profesional ! Bukan menghentam kromo je.. BERMUSYAWARAH adalah jalan terbaik. Memang diakui semua parti2 politik dalam Malaysia ni mempunyai masalah dalaman. Namun mereka tak dedah pada umum pun. Rasa tak serasi @ sependapat, tarik diri secara terhormat. Semua ahli kena akur era Mahathir dan kroni dah berlalu, kini biar la Pak Lah pula menyusun dan merancang terbaik mungkin untuk negara khususnya, dan UMNO amnya.. Pada Mukhriz, tidak cukup ke dengan apa yg ada dari zaman bapanya sehingga kini dapat pula jadi Yang Berhormat ?? Adakah Pak Lah tidak berlaku ADIL ?

Anonymous said...

Logik orang yang bebal ialah kesetiaan kepada presiden parti adalah sama dengan kesetiaan kepada parti dan kesetiaan kepada parti mestilah juga sama dengan kesetiaan kepada presiden parti.

Dan pembodek-pembodek yang bebal akan menggunakan media perdana untuk mengiakan logik mereka.

Pada pendapat saya, TDM keluar UMNO bukan kerana tidak sayangkan UMNO. Saya juga bersetuju bahawa tindakan Mukhriz untuk masih berjuang untuk UMNO dari dalam pula bukti beliau masih sayangkan UMNO.

Jika Mukhriz keluar parti UMNO, Khairy dan konco-konconya akan menggunakan peluang secukupnya untuk menguasai UMNO, dengan disambut oleh pembodek-pembodek Pak Lah.

>>>ikmal<<<<

Anonymous said...

ikmal kenyataan kau langsung tak ada logik main serkap jarang..UMNO ni kita semua punya.Malaysia ni rakyat punya.tak ada individu punya.dan kau salah seorang kuncu mukhris.itu pasal kau takut mukhris keluar parti.sebab dia bos kau.kau takut pada kj ke. belum apa2 bos kau nak keluar parti.kesian kau kau dah tak ada kuncu kuncu lagi.kau cakap kek mukhris mulut jangan celupar sangat nanti makan diri..ok lah ikmal ku sayang .kita ramai PEMUDA PEMUDA UMNO MALAYSIA MENDESAK PULA EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA DATO MUKHRIS MELETAKAN JAWATAN AHLI PARLIMEN DAN JUGA EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA.....INI YANG KAU MAHU..DAN INI YANG KITA CARI..sibuk nak suruh paklah letak jawatan.kalau mukhris tak suka paklah dia lah berhenti..

Anonymous said...

Aku sokong ikmal!!!!
Juak-juak yg kaki pengampu nie
akan keluarkan apa saja takrifan dan tafsiran untuk menidakkan fakta-fakta yg telah Tun kemukakan. Hanya pada mereka, cukup sekadar setia pada yg sedang berkuasa sebab org itu akan menentukan hala tuju periuk nasi mereka...ungkapan bahawa kesetian mereka kepada UMNO dan memperjuangkan hak-hak org melayu adalah retorik semata-mata!!! semuanya pembohong..jika benar permasalahan yg dihadapi oleh UMNO ketika ini boleh diselesaikan diperingkat dalaman parti sepertimana kata mereka, kenapa sampai sekarang masih tidak nampak apa2 perubahan yg berlaku dan masih lagi rakyat dan org Melayu khasnya keliru tentang apa tindakan kerajaan untuk memulihkan maruah UMNO dan krisis kepimpinan dalam UMNO sendiri? bukankah UMNO itu cermin kepada bangsa Melayu?? yang ada saban hari adalah sepanduk-sepanduk untuk memuliakan PM dan Presiden UMNO supaya pada mata rakyat Tun adalah salah dan kritikan Tun adalah palsu.

Saya masih igt kata-kata seorng menteri yg menjaga pintu dan lampu-lampu Parlimen dan pernah juga jaga pemandu teksi ketika dlm lawatan berjumpa pelajar di luar negara apabila saya bertanyakan kepada beliau tentang isu pembatalan Jambatan Bengkok dan pengajian sains & matematik dalam bahasa Inggeris..dengan mudah dan angkuh beliau menyalahkan Tun sbb membuat keputusan sendiri-sendiri tanpa membawa berbincang dengan ahli kabinet! Dan beliau juga dengan jelas menyatakan bahawa tindakan Tun memecat Anwar Ibrahim adalah silap!

Persoalan saya, ketika Tun berkuasa, setiap apa juga keputusan yg Tun buat, semua menteri-menteri bersetuju dan menyatakan keputusan tersebut adalah tepat, tetapi kenapa apabila Tun bersara, mereka pula bersuara dan menyalahkan akan semua keputusan yg Tun buat dahulu padahal mereka menyokong pada awalnya? bukankah ini hipokrit

ahmadalbab said...

salam..

saya berpendapat bahawa jikalau Mukhriz keluar UMNO apa akan jadi kepada Parliman Jerlun.. kurang lagi satu kerusai BN.. kalau dia keluar UMNO bemakna Parlimen Jerlun akan jadi BEBAS.. jika dia letak jawatan sebagai ahli perlimen.. maka BN takkan dapat kerusi ni balik orang jerlun mengundi Dato' Mukhriz bukan undi BN.. sejarah mengatakan di sana adalah kubu kuat PAS.

ini adalah satu bukti yang Dato' Mukhriz masih sayangkan UMNO.. dia seorang pejuang.. dia berani mengatakan sesuatu yang betul.. pemimpin lain semua takut!!! takut kehilangan jawatan, takut kehilangan bisness...

Tun keluar UMNO bukan niat untuk berundur diri.. buakn nya dia tak sayangkan UMNO.. dalam 22 tahun dia memerintah malaysia Tun selalu membuat kejutan bagi membuka minda orang melayu..

apa yang Tun mahu hanyalah orang melayu kembali berfikir dengan waras... apa yang Paklah dah Buat.. baca 37 sebab kita kena tolak Paklah dalan CheDet.com...

kalau kita tgk selama ni kita dah tegur kepimpinan Paklah yang lemah, kita tegur KJ.. tapi apa tindakan?? tak ada kan...makin menjadi jadi pulak.. terbaru sampai izinkan Ezam yang kita tahu sekongkol Anwar untuk masuk balik UMNO.... Apa ni???? takkan semua orang tak kenal Anwar ni siapa.. atau semua orang dah lupa???? entah2 lepas ni bukak pulak keahlian UMNO kepada ahli PKR... lepas tu pulak bukak keahlian kepada kelab UMNO bukan Melayu.. ini tak mustahil...

kepada rakan2 di dalam blog ini saya ingin bertanya satu soalan..

jika KJ datang ke Paroi naik basikal berjuang membawa agenda perjuangan melayu.. adakah rakan2 semua menyokong kepimpinan beliau?

jika jawapan tidak - anda ada agenda peribadi..

jika ya - esok saya datang ke paroi membawa agenda perjuangan melayu.....

terima kasih kerana membaca..

Anonymous said...

Saya cadangkan supaya 2 perkara berikut di ambil kira:

1) Tukar pimpinan yang disogok oleh penyogok yang sedang membuncitkan perut mereka dengan merompak hak rakyat dengan pimpinan yang berpelajaran, berpengalaman dan komited untuk mengangkat darjat agama, bangsa dan negara. Ini mesti dilakukan dengan kadar segera dan demokratik.

2) Setelah selesai perkara (1) di atas, tubuhkan satu Suruhanjaya Bebas yang benar-benar bebas untuk memantau tingkah laku dan tindak tanduk pimpinan. Setiap tahun, hendaklah di audit mereka semua (bukan oleh Jabatan Audit Negara seboleh-bolehnya).

Dengan ini, pimpinan yang mudah lupa, akan sentiasa diingatkan bahawa kedudukan mereka sebagai pemimpin, bukanlah untuk 'syok-syok' sahaja.

P/S: Kalau perlu, yang mengaudit juga hendaklah diaudit. Trust nobody, love everybody :)

>>>ikmal<<<

Anonymous said...

Apa pun Mukriz ini bercakap benar & bukan pombodek yg banyak wujud dlm Umno. Mahathir keluar,Mohzani keluar & Mukhriz tak keluar tiada masalah pun sedangkan adik Dato Sharir Samad pun ahli parlimen keadilan & tidak timbul persoalan sebab Umno ni bukan keluarga yg punya sepertiman yg diamalkan di bhg Rembau iaitu kepunyaan keluarga Hassan 1. Yab Mohammad Hassan, Azman Hassan & Ghani Hassan. Seperti mana Abdullah Badawi Presiden Umno & Khairy Jamaluddin Naib Ketua pemuda Umno.
Masa Tun M tak ada macam ni.
Apapun Mukhriz tak pernah bersekongkol dgn pembangkang seperti mana Kj yg pergi mengadap Anwar Ibrahim sejurus Anwar keluar dari penjara & yg kononnya tlg hantar paspot Anwar. Adakah kita hendak pemimpin pemuda kita yg pernah jadi posmen kpd Anwar?
Tun & keluarga keluar Umno tapi tak tubuh parti baru bukan macam org2 pak lah yg ada sekarang iaitu:
1.Menteri Penerangan Shabery 2. Sharir Samad,3. Radzi Sheikh Ahmad, 4.Rais Yatim.

Anonymous said...

i tak suka mukhriz..
tengok dia terbayang BADUT!!
lebih2 lg bila botak tu senyum..
kalau jadi ketua pemuda malang le pemuda Umno yerr.. BADUT M'SIA.
jgn mara.. baekk punyerr..hehe

Anonymous said...

Yo sally lu punya dun pun Umno kalah sebab pengundi meluat tengok kau org yg mcm badut.Tok Mat jugak yg pilih badut bertanding kat lu punya dun. Tanya la Tok Mat apasal dia pilih itu calon?

Anonymous said...

bagi kami di paroi kami tetap dengan pendirian kami menyokong kepimpinan paklah.kita tak payah tukar pemimpim sebab bagi saya UMNO tak kalah UMNO masih menang.orang yang kalah akan reka macam2 cerita yang tak masuk dek akal.kononnya hendak betulkan keadaan.dan kami bersetuju dengan pendapat ir jamlus KP NS .orang takan senang melihat seseorang itu senang inilah dinamakan lumrah manusia.yang nyatanya orang yang sebegini rupa akan buat macam2 perkara lagi.bagi kami di paroi dia tak mendatangkan apa apa kesan pada UMNO keseluruhannya.seperti pepatah orang2 tua anjing menyalak bukit,bukit tak runtuh anjing akan kehausan.janganlah jadi anjing yang suka menyalak..

Anonymous said...

bagi kami di paroi kami tetap dengan pendirian kami menyokong kepimpinan paklah.kita tak payah tukar pemimpim sebab bagi saya UMNO tak kalah UMNO masih menang.orang yang kalah akan reka macam2 cerita yang tak masuk dek akal.kononnya hendak betulkan keadaan.dan kami bersetuju dengan pendapat ir jamlus KP NS .orang takan senang melihat seseorang itu senang inilah dinamakan lumrah manusia.yang nyatanya orang yang sebegini rupa akan buat macam2 perkara lagi.bagi kami di paroi dia tak mendatangkan apa apa kesan pada UMNO keseluruhannya.seperti pepatah orang2 tua anjing menyalak bukit,bukit tak runtuh anjing akan kehausan.janganlah jadi anjing yang suka menyalak..

Anonymous said...

bagus pemudo umno paroi, teruskan perjuangan anda.......saya amat setuju 500% dengan pegangan anda dan rakan rakan anda di paroi...

kepada yang tak setuju dengan pegangan pemuda paroi dan rakan rakannya, saya nasihatkan supaya berhentilah dari melayari blog ini kerana tidak memberi apa apa faedah dari segi ilmiyah, ukhwah mahupun ubudiah kepada anda. So buat apa buang masa??

KJ jugak...