Monday, May 19, 2008

Terus Berjuang dan Tunjukkan Kesetiaan-Pak Lah


Mengulas tindakan mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan daripada UMNO sesuatu perkara yang memeranjatkan banyak pihak khususnya dari kalangan ahli-ahli UMNO sendiri. Namun, sebagai ketua yang mengepalai kepimpinan parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menasihatkan kepada kesemua ahli UMNO agar bertenang dan menunjukkan kesetiaan penuh terhadap parti.

Apapun tindakan yang telah dibuat oleh mantan PM itu adalah soal peribadi beliau dan keputusan Tun sendiri, sebagai ahli yang setia dan bermatlamat memperjuangkan teras perjuangan melayu seharusnya tidak mengikut langkah yang sama kerana ini boleh membuka kelemahan parti terhadap pembangkang yang sentiasa mengambil peluang.

“Saya amat berharap ahli UMNO akan tetap setia dengan parti ini. Apa akan jadi kepada kita jika tidak ada parti seperti UMNO? UMNO telah banyak berjasa kepada rakyat Malaysia.Saya sendiri sejak dahulu sampai sekarang tidak pernah keluar UMNO. Saya akan teruskan perjuangan UMNO dan akan tetap setia kepada UMNO,” katanya.

Dalam reaksinya, Abdullah juga menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatannya sebagai pemimpin tertinggi kerajaan dan Presiden UMNO ekoran tindakan bekas perdana menteri itu sambil menegaskan untuk apa beliau hendak meletak jawatan kerana masih banyak lagi kerja dan tugas-tugas yang perlu diselesaikan dan jalan yang diambil dengan meletak jawatan dalam parti belum tentu boleh memulihkan keadaan dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO.

Dalam keadaan hangat ini, beliau juga turut menasihatkan kepada para ahli agar tidak terikut-ikut jejak langkah Tun Dr. Mahathir itu demi kesetiaan dan masa depan parti UMNO yang kita pelihara sejak penubuhannya lagi.

Sungguhpun begitu, ketika dibangkitkan mengenai ura-ura akan ada ahli yang bakal meninggalkan UMNO, beliau berkata, jikalau kita benar-benar ahli yang memperjuangkan UMNO, kita mesti bersabar dengan UMNO. Kalau kita tidak mahu dengan UMNO, bererti tidak ada lagi perjuangan UMNO dalam diri kita.

Abdullah menegaskan, kekuatan UMNO adalah berasaskan kepada perpaduan majoriti ahli dan bukannya disebabkan pemimpin berpengaruh. Dulu ketika pemimpin besar, kanan dan berpengaruh tidak ada dalam parti, majoriti ahli UMNO tetap bersama parti, sebab itu UMNO wujud sampai ke hari ini.

39 comments:

Naren said...

Saudara Harimau,

Saya terdatang ke laman ini ketika saya kuat mengampu KJ di www.prokhairy.com dan ternampak iklan sedara.

Saya amat rasa kecewa kerana sedara telah meletak satu gambar YB KJ. Sepatutnya, kenalah letak banyak gambar KJ dan kena kuatlah membuat posting posting yang berunsur keKJaan

Anonymous said...

SAYA TERTARIK DENGAN UNGKAPAN-UNGKAPAN ANDA! BODOH, TAK TELUQ DLL. Tapi harus dingat, saya dan 1500 orang yang ada dalam Dewan Starcity (ceramah mantan), DENGAR dengan jelas apa yang Tun katakan. Tun lantik Pak Lah sebab imejnya Mr Clean yang diciptanya ( dicipta menerusi juak-juaknya diperingkat bahagian sehingga dilantik ke Majlis Tertinggi). Pak Lah orang yang terlibat secara langsung dalam pergolakan menyokong Semangat 46. Tun sedar, pak Lah lah yang menikam dari belakang, dan menggoncangkan perpaduan UMNO dizaman Tun. Tetapi Tun bukanlah pendendam orangnya. Sehingga dilantik sebagai penggantinya dengan menyorokkan wajah sebenarnya melalui imej Mr Clean. Apabila dah jadi PM, maka terbongkarlah satu demi satu wajah sebenar politik kotornya hingga menggadaikan MARUAH MELAYU dan Negara. Apakah itu salah Tun sorang? Bahkan semasa Pak Lah bersekongkol dengan Anwar tetapi berlindung dengan Imej Mr Clean. Bukan saja Tun sorang nampak imej Mr Cleannya itu, AHLI-AHLI UMNO pun nampak imej ini. Tetapi sesudah memegang tampuk pemerintahan, TOPENG IMEJ Mr Clean ini, rupa-rupanya hanya TOPENG politiknya. Dalam ceramah Tun pun dah cakap, AHLI-AHLI akar umbi nak tengok perubahan kepimpinan sebab UMNO akan terus hancur jika Pak Lah masih berkuasa. Tun cakap, "lepas ceramah ni, Pak Lah akan jawab buat apa saya nak berhenti, ada 2 juta ahli UMNO yang menyokong saya". Berita jam 8mlm, pak Lah bagi jawapan yang serupa, apa yang tun cakap pada tengahari. Realitinya, jika Pak Lah kata ada 2 Juta ahli UMNO yang menyokongnya, MAKA kalau AHLI UMNO keluar sementara secara beramai-ramai, maka PAK LAH sepatutnya letak jawatan sebab dah TAK ADA 2 juta yang sokongnya.

Kami soal Tun, bagilah CARA supaya UMNO kuat dan Pak Lah Turun. Tun jawab, "caranya dengan jangan buat pemilihan di perhimpunan UMNO, tetapi ianya mustahil sebab Wakil Bahagian akan tetap mengundi Pak Lah sebab Takut hilang Kuasa, Hilang Kontak, Hilang Pangkat, Hilang Pengaruh dan Hilang sumber duit. kata lain takut hilang sumber dan jaga Temolok perut. Cara lain, ahli pilih wakil cawangan yang akan pilih wakil bahagian dan akhirnya TAK PILIH Pak Lah. TAPI itu semua mustahil sebab juak-juak Pak Lah akan buat apa saja cara untuk Kekal BERKUASA. Cara ketiga, keluar ahli UMNO sementara. Saya nampak inilah caranya yang ideal. KITA banyak bercakap dalam BLOG ini begitu berani dengan kata-kata, Hakikatnya, kita ni orang kerdil yang TAK DIPANDANG PUN OLEH PAK LAH DAN JUAK-JUAKNYA. Adakah selama kita menulis di BLOG ini, PAK LAH Sedaq dan ambil tindakan? TIDAK sekali - kali sebab kita ahli biasa dan dipandang sebelah mata yang LANGSUNG TIDAK MENGGUGAT dia, KJ, dan JUAK-JUAKNYA.

DAN KUASA AHLI BIASAlah yang juga meruntuhkan BN dalam PRU 12. Tidak mustahil jika AHLI UMNO yang RAMAI dan BERSATU, keluar UMNO dengan bersyarat, MAKA PEMIMPIN-PEMIMPIN yang ada PERLU TENGOK keadaan ini. RELEVENKAH PAK LAH kalau ahli umno keluar beramai - ramai? Tidakkah MENTERI-MENTERI yang ada akan TAKUT dengan KUASA AHLI yang selama ini mereka TAK HIRAUKAN? Pecayalah, Pemimpin yang ada dalam kabinet, Majlis Tertinggi, ahli-ahli Parlimen pasti tersentap bila ramai AHLI UMNO kawasan MEREKA KELUAR AHLI. BAHKAN kalau ahli UMNO kurang, Mesyuarat Cawangan pun akan jadi haru biru. MAHUKAH AHLI-AHLI PARLIMEN DAN ADUN yang ada, melihat CAWANGAN di kawasan mereka dibubarkan sebab TAK CUKUP AHLI? Tidakkah kita sedar bahawa, UMNO tu untuk ANAK CUCU CICIT KITA dan BUKAN UNTUK SINGAPURA, AMERIKA ATAU ISRAEL.

Anonymous said...

Berita terkini yang saya dapat dah ada 200 cawangan umno dibuburkan dan 30 bahagian umno..yang termasuk Jerai, Kuala kangsar, Rompin, Kangar, Alor setar, Kubang Pasu, Temerloh, Teluk Intan dan banyak lagi akan menyusul...hidup TUN,

Anonymous said...

kalau dulu selepas Tun lantik Pak Lah (dengan imej cleannya), adakah ahli UMNO menolak? Adakah seluruh ahli UMNO bantah? jawapannya TIDAK. Sebab kita sedari bahawa 'Pak Lah Clean' dan kita tak menyedari apakah sebenarnya dalam jiwa politik beliau. Yang TERSIRAT tidak kelihatan dan FIZIKALnya dilihat sempurna..Pasti ini yang kita jawab. Tak dinafikan beliau bijak dalam mempertahankan imej ini? Biasalah orang yang belum dapat KUASANYA. dan bila dah BERKUASA, tentulah lain jadinya.

Saya nak jelaskan bahwa, LEMBIK bukan ISUnya. Sebab lembik yang pada tempatnya amatlah PENTING sebagai TUNJANG PEMIMPIN MELAYU. TUN dah kata, jika kita LEMBIK kepada perkara yang TAK MENJEJASKAN PERJUANGAN MELAYU, AGAMA DAN NEGARA biarlah....TETAPI kalau lembik hingga KEDAULATAN dan MARUAH melayu dihinjak-hinjak, ITU TAK KENA. Adakah kita TIDAK LEMBIK kepada Singapura yang menekan kita? Adakah kita TIDAK LEMBIK kepada AMERIKA? Adakah kita TAK LEMBIK kepada ISRAEL semasa mengetuai OIC? Adakah kita TAK LEMBIK kepada 'Orang-Orang' tertentu seperti Karpal yang menghina Raja-Raja.

TUN dah berkata (dalam kontek dengan Pak Lah) ambillah pepatah melayu, MELAYU TAKKAN DERHAKA dan sebab itu kita tak menderhaka. Kita tegur dan tunjukkan apa yang salah dibuat oleh Pak Lah, bukan bermaksud derhaka tetapi NAK SEDARKAN apa yang silap dan harapkan PAK LAH BETULKAN. Tetapi kita tau, apa yang Pak Lah janji untuk MEMBETULKAN, hanyalah JANJI dan RETORIK sahaja. Perkara berkaitan Jambatan Bengkok, MV Agusta, ECM Libra dll, TAK DIBETULKAN LAGI! Raja berdaulat Raja Disembah, Raja Salah Raja Di Sanggah. Maka jika Pak Lah salah, hatta kalau Mantan salah, KITA PERLU SANGGAH. Soalnya bagaimana Caranya terutama AHLI BIASA mcm anda dan saya? Apa yang hendak KITA Banggakan dengan ISKANDAR MALAYSIA (Johor) jika TEMASIK HOLDING milik kerajaan Singapura adalah amat berkuasa menerusi Capital Land dan Emkay Berhad? Tidakkah satu hari nanti akan wujud 'LITTLE SINGAPORE' di Tanah Melayu. Kata Tun, Dimanakah Kedaulatan kita, bila Malaysia (Pak Lah) menyembah Singapura yang terletak di hujung kaki kita?

Bila ahli UMNO keluar dan Tun juga keluar, siapa yang akan MEMPERJUANGKAN UMNO yang lemah? Dah tentu yang tinggal adalah juak-juak Pak Lah, anak-anak dan menantu, menteri-Menteri yang jaga temolok dan orang-orang yang setia pada PM. Itulah soalan berjuta-juta orang seperti anda dan saya..tetapi walaupun kita bukan ahli UMNO tetapi sebagai RAKYAT MALAYSIA masih boleh mengujudkan KUASA UNDI TAK PERCAYA YANG AKAN MENJADIKAN JUAK-JUAK INI LARI BERTEMPIARAN. Bahkan dulu pun ( dalam blog ini juga ), kita yang minta supaya ada TINDAKAN DRASTIK yang lebih KERAS untuk menyedarkan Pak Lah? Dan Tun keluar ahli pun, untuk menjadi contoh kepada kita bahawa SUDAH cukup kita BERKATA-KATA dan SAMPAI MASANYA untuk BERTINDAK. Semakin lama kita bercakap tanpa tindakan, Maka tidak kemanalah perjuangan MELAYU sebagai ahli biasa. apakah yang boleh kita lakukan sebagai ahli biasa umpama Pisang dan Durian. Menggelek pun kita luka digelek pun kita luka. Tapi Tun dah tunjukkan caranya...Hanya kita sahaja sama ada Berani atau sebaliknya.

Anonymous said...

Hahahaha saudara diatas janganlah kecewa sangat...

Anonymous said...

Geng Azman dah kecut telo... apa lagi man seliau. Keluar la dari umno... kau punya banker(mukhriz) dah nak cabut, dah.

Tunggu apa lagi...

Anonymous said...

Sayang Malaysia>>> kau ni opola bodoh bona, Kau x poi sokolah ko? Agak eh kau ni dah byk makan rasuah agak ehh....

Anonymous said...

Tun Dr. Mahathir Mohamad hari Sabtu mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk menyiasatnya ekoran laporan inkuiri Suruhanjaya Diraja mengenai video V.K. Lingam.

Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau sedia untuk didakwa di mahkamah kerana kesempatan itu akan digunakannya untuk membela diri di samping mendedahkan hal-hal lain yang termasuk para hakim yang melobinya.

Hahaha termasuk Azman Seliau sekali Tun

Harimau Paroi said...

Saudara-saudaraku sekalian... disini bukan tempat kita menunding jari, atau menyalahkan sesiapa. Kita harus saling menghormati satu sama lain. Bak kata orang kita didalam Umno ibaratkan satu keluarga, fahamilah kata-kata Pak Lah "Terus Berjuang dan Tunjukkan Kesetiaan".

Anonymous said...

Bukan kecewa tapi yakin ini la strategi yang betul. Lepas ini tahu la nasib paklah, kj dan kuncu2nya.. masa tu kau tahu la langit tu tinggi atau rendah!Tuhan tu adil bro!

Anonymous said...

walaupun apa tomahan serta cemuhan kami PEMUDA PAROI TAKAN BERGANJAK DAN TERUS MENYOKONG KEPIMPIMNAN PRESIDEN PARTI PAKLAH.ADALAH MENJADI SATU KEWAJIBPAN AHLI UMNO SELURUH MALAYA INI BERDIRI TEGUH DIBELAKANG PEMIMPIM UMNO DI PERINGKAT BAHAGIAN DAN JUGA PUSAT.kalau tun nak keluar parti kita tak dapat menghalang.tapi kita orang umno takan melakukan perkara sedimikian.kenapa sejarah lama diungkit balik.kita kena cipta satu tamadun yang baru bersama PAKLAH.adakah tun pun mengenali diri kita.kita lihat sejarah tun pula.berapa ramai orang NOMBOR DUA dalam kebinat mahupun parti habis dicantas.bermula dari tan sri musa hitam sampai ke zaman PAKLAH.apa yang saya lihat ritorik tun sudah jelas.bila kemahuannya tidak diguna pakai. sekarang ini cara beliau mencantas diri beliau sendiri supaya nampak yang dia memperjuangkan umno kononnya...hakikatnya satu kekalahan bagi tun pada paklah dengan mencantas dirinya sendiri dan bagi ahli umno keseluruhannya ini adalah BANGKRUP POLITIK NAMANYA...sedarlah wahai ahli umno .tiada satu makluk pun yang mahu kan negara kita tergadai mahu pun paklah..sendiri..kenapa paklah perlu letak jawatan hanya untuk menerima tun kembali ke umno.bagi saya tun suka melakukan kerje mengaibkan seseorang walau apa cara sekali pun asal dapat memuaskan hatinya.ini bukan budaya umno.kita di beri akal dan fikiran fikirlah sebelum buat keputusan.kerana seseorang kita sanggup keluar masuk umno.jangan jadi jenayah politik.tak suka keluar suka masuk.memang melayu takan derhaka dan juga melayu takan hilang di dunia.tapi dimana kuasa kuasa orang orang melayu.UMNO bukan barang mainan dan paklah bukan boneka yang boleh digunakan oleh orang tertentu..biarlah cara paklah mentadbir.paklah bukan bodoh apa yang kau sangkakan...PAKLAH TERUSLAH BERJUANG DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA...

Anonymous said...

pedulikan mahathir ini dah pencen pun nak jadi maharaja .tak mendalamkan air langsung.gomar buek horghrok.tapi dah tompah ahli umno seumur hidup. lopeh tu kuar parti plak. kok pendek napeh nanti kojap masuk kojap keluar ingat biskut ko.mukris pun samo lah tu macam biskut.bekas pm yang tak de tinggalkan bekas pun.kami akan hapuskan sejarah mahathir biar dia tak wujud di bumi malaysia.HIDUP PAKLAH...HIDUP PAKLAH..HIDUP PAKLAH HIDUP PAKLAH...HIDUP PAKLAH..HIDUP..PAKLAH....MATILAH MAHATHIR....

Anonymous said...

mahadir mana ada sejarah.sejarah homtam orang ada lah dia ni jenis orang yang gilo talak .paklah dah ceraikan talak tiga dah mula merghoyan lah tu.tak abih2 nak kena kan orang.berhenti buek kojo bodoh ni...den pun samo cam kaulah HIDUP PAKLAH...HIDUP PAKLAH HIDUP PAKLAH......

Anonymous said...

boto tu taming sari den pun samo cam kaulah HIDUP PAKLAH...HIDUP PAKLAH HIDUP PAKLAH......

Anonymous said...

terang lagi bersuloh... kelomahan pak lah... blog ni sah org yang takut tak dapek duit, projek dari KJ, sanggop menjilap dubor kj semato2 nak duit haram KJ... korang dah buto mato buto hati sobab makan banyak bonar duit haram KJ tu...

mako akan berkuborlah umno tu selagi orang macam ni ado dlm umno...
selagi KJ ado.... sodar lah sikit.

Anonymous said...

patot lah paroi kecundang, sebab ramai penjilat dubor kj semato2 nak duit. hancorlah umno ni sudah eh.

my-fikirr menulis said...

Wahai Anonymous,

Teruskanlah menulis komen anda. Sudah tentu anda juga berniat baik untuk membantu dgn menyatakan pandangan. Mana tahu, kemungkinan anda mampu menyampaikan sesuatu yang baik untuk semua pembaca.

Tetapi, jika tidak dikawal emosi, maka komen anda sudah tentu tersasar daripada niat baik anda.

Kalau pun anda tidak bersetuju dgn beberapa perkara yang anda fikir tidak betul, janganlah pula anda menyatakannya dgn menunjukkan kpd semua org bahawa andalah yang sbnrnya tidak betul.

Kita orang Islam, berbangsa Melayu.
Ada adab, ada adat.

ahmadalbab said...

tak payah buang masa dengan kita mengkritik paklah di dalam blog ini.. kerana terdapat ramai sekali penyokong paklah.. maklumlah Tun dulu dikatakan zalim, kukubesi, gila kuasa, kronisma, nepotisma dan pelbadai lagi sifat keji..

maklumlah 20 tahun memerintah malaysia.. apa yang Tun buat.. malaysia tak membangunpun 20 tahun Tun memerintah.. zalim betul... mana ada pembangunan... nak makan pun susah zaman Tun ni...

tapi paklah 6 tahun memerintah kan ke dah membangun malaysia ni.. Islam hadhari.. islam hadhari.. dan islam hadhari yang amat berjaya ni kan... ekonomi makin baik... harga barang makin murah.... best la hidup zaman paklah ni...

HIDUP PAKLAH!!!!! teruskan memerintah .. hancurkan UMNO... hancurkan melayu... hidup juak2 beliau....

HIDUP KJ!!!! HIDUP PATRICK BADAWI!!!! HIDUP KAMALUDIN!!!!!

Anonymous said...

Kepada semua orang2 yang suka sangat duduk kutu KJ tu....
mari gamai2 datang hisap kotal den ni........

Anonymous said...

Mukhriz berada dalam parti hanya untuk lantang bersuara dan mengkritik kepimpinan Presiden Parti . Beliau sekali lagi lantang bersuara meminta Presiden parti untuk meletakkan jawatan, ''Saya mendesak agar Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dengan segera,'' Mukhriz seolah-olah tidak menghormati Presiden parti.

Sepatutnya Mukhriz turut serta keluar parti jika tidak lagi boleh tinggal sebumbung dengan presiden dan ahli parti yang menyokong kepimpinan Presiden.

Mukhriz seolah-olah tidak menghormati ahli-ahli UMNO lain yang mahu meneyalamatkan UMNO dengan cara yang berhemah dan bukan cara yang dilakukan oleh sebilangan penyokong Tun yang akhirnya membuktikan kepada Tun bahawa mereka tidak menyokong Tun dan enggan menyahut seruan Tun untuk keluar parti. Jika Mukhriz sendiri enggan keluar parti macam mana nak suruh orang lain keluar parti. Perbuatan Tun sama juga seperti dia menyuruh orang lain meletakan kepala di bawah tayar lori untuk di gilis tetapi melarang anaknya meletakan kepala untuk digilis.

Jawapan telah pun diberikan oleh ahli UMNO bahawa mereka menolak sarana Tun untuk keluar parti, ini jelas menunjukkan bahawa tidak semua yang menyokong apa yang Tun lakukan. Rakyat telah menyampaikan kepada Tun pesan ini dan nayata mereka masih tidak faham. UMNO sekarang dalam proses pembetulan dan ianya berjalan dengan lancar dan UMNO tidak perlu cara seperti yang mereka lakukan mendesak presiden parti untuk meletakan jawatan, ramai yang mahukan cara yang lebih matang.

Apa yang dapat kita lihat disini cara mereka adalah untuk kepentingan diri, mahu Presiden letak jawatan dan semua pemimpin kerajaan letakan jawatan dan mereka akan serbu kawatan berkenaan dan kemudian bergaduh lagi. Itu cara Tun dan kini telah diturunkan ilmu itu kepada Mukhriz. Mukhriz patut faham dan merasa malu kerana ahli UMNO telah menolak Tun, Ahli UMNO yang terdiri dari silent majoriti telah menolak cara Tun.

Sedikit sebanyak Mukhriz perlu menghormati keputusan ahli UMNO yang tidak mahu tinggalkan parti walaupun Tun mahu mereka lakukan sedemikian. Mukhriz patut faham ini pesanan ahli UMNO kepada Tun, "kami tidak setuju dengan cara Tun dan enggan mengikut saranan Tun". Harapan Tun untuk melihat ahli UMNO panik dan kecoh tidak kesampaian. Kerana apa yang Tun lakukan bukan yang ahli UMNO mahu lakukan.

Mukhriz patut keluar dari parti dan menjadi orang pertama menyahut seruan ayahnya. Bukan soal hak Tun keluar parti , soalnya saranan Tun yang mahukan semua ahli UMNO keluar parti. Itu sebenarnya bukan hak beliau. Isu Tun keluar parti tidak menajdi isu besar kerana ramai yang mengharapkan Tun melakukan sedemikian melainkan mereka yang berkepentingan yang mahu jadi Perdana Menteri yang mahu menjadi Ketua pemuda UMNO.

Sekali lagi Hishamuddin perlu membuka telinga dan mata untuk membaca dan mendengar sikap kebiadaban Mukhriz , apakah kali ini Hisham terus mahu memekakkan telinga dan membutakan mata tidak mahu mengambil sebarang tindakan kepada Mukhriz . Salakan Mukhriz ini patut dihentikan oleh Hisham bagi mencuci nanah-nanah yang berlendir didalam UMNO. Jangan jadikan platform Pemuda untuk biadab kepada Presiden Parti, Mana kejatanan Keris yang Hisham cium sebelum ini,mana darah muda pemuda UMNO atau Hisham memang layak meninggalkan Pemuda kerana sudah tidak berjiwa pemuda lagi.

Hisham gagal menggawal pemimpin pemuda nya untuk beradab, Hisham gagal membetulkan kepincangan yang berlaku dalam pemuda sehinggakan semua orang tahu bahawa Hisham takut kepada Mukhriz. Eloklah Hisham letakan sahaja jawatan sebagai Ketua pemuda UMNO sekarang jika hanya mahu menghabiskan sisa-sia kepimpinan dan menjadi boneka sahaja dalam pemuda. Bukan kita mempunyai niat buruk kepada hisham tetapi inilah kepincangan yang dapat kita lihat dalam pergerakan pemuda UMNO sekarang.

Hisham patut mengambil tindakan kepada Mukhriz setidak-tidaknya mengantung keahlian beliau atau memecat beliau dari exco jika tidak mahu memecat terus keahlian beliau. Inilah kepincangan pemuda dan kelemahan Hisham yang menjadi salah satu penyumbang kepada kekalahan UMNO pada pilihanraya yang lalu. Uasahkan mengambil tindakan, menimbangkan atau membincangkan pun Hisham tidak berani. Hisham seolah - olah membutakan mata dan memekakkan telinga. Fikirkanlah....

Anonymous said...

Biar tumpah darah sekali pun Eden totap menyokong Pak Lah Sobab Pak Lah presiden Umno. Sahabat yang lain janganlah korang sumo jadi pembelot Parti!!! dah lupo ko... sapo presiden kito. DrM jangan banyak cakap, Pak Lah ada hak utk berkato-kato... Salam eden untuk Pak Lah.

Anonymous said...

"Kata dua Mukhriz ancaman kepada parti" Hishammuddin

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mengecam tindakan Datuk Mukhriz Mahathir yang meletakkan syarat agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur daripada semua jawatan sebelum Julai ini.

Tegas Hishammuddin, Mukhriz yang juga Ahli Parlimen dan Exco Pergerakan Pemuda Umno tidak wajar memberikan syarat-syarat sedemikian.

"Saya kecewa dengan kenyataan Mukhriz," kata beliau kepada pemberita di Parlimen.

Semalam, Mukhriz, anak Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan yang beliau akan tetap kekal dalam Umno.
"Selaku Ketua Pemuda, merasakan kesetiaan kepada parti tidak boleh dijual beli dan dipersendakan. Bayangkan perasaan akar umbi yang sedang bertungkus-lumus menyelamatkan parti dan mereka tetap setia.

"Macam mana perasaan mereka apabila mendengar seorang pemimpin yang bakal bertanding memimpin Ketua Pemuda meletakkan syarat sebegini.

"Tergamatnya beliau meletakkan syarat dengan memberi tempoh kepada Presiden untuk meletakkan jawatan. Ini merupakan perkara yang berbeza daripada apa yang diluahkan dalam surat (kepada Abdullah dua bulan lalu)," katanya.

Bagaimanapun Hishammuddin tetap mengakui bahawa kata dua Mukhriz itu sebagai satu bentuk ancaman kepada parti.

"Proses peralihan kepimpinan parti tidak akan berjalan lancar sekiranya kita meletakkan desakan dan ugutan," katanya lagi.

Sebaliknya beliau menggesa Abdullah agar berundur untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Malam kelmarin, Mukhriz telah mengadakan pertemuan dengan Hishammuddin dan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di kediaman Hishammuddin.

Semalam, beliau berkata,Majlis Tertinggi (MT) Umno juga perlu membuka seluas-luasnya ruang demokrasi kepada anggota Umno untuk menyuarakan pandangan mereka termasuk melalui mesyuarat agung luar biasa.

Katanya, MT Umno juga tidak harus menghalang atau mengeluarkan arahan mengekang mana-mana anggota atau pemimpin daripada apa-apa perkara untuk kebaikan parti selagi ia selari dengan prinsip demokrasi seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.

Ketika ditanya sama ada Mukhriz akan diambil tindakan disiplin, Hishammuddin memberitahu, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada Jawatankuasa Pengurusan untuk memutuskan.

Anonymous said...

Tlg sedarkan hishamuddin tu, cabut keris lepas tu minta maaf kat cina, tak malu ke? Patutnya minta maaf kepada org melayu kerana dibawah pimpinan beliau dan kj UMNO kalah teruk. Sekurang-kurangnya Mukhriz berani bersuara dan bukannya pengecut. Kalau pemuda berani buang la Mukhriz dari UMNO! Mana berani sebab Ketua pemuda Msia takut cina & naib ketua pemuda Msia pulak kawan dgn tokay cina!
Jadi Pemuda kena la berani kritik kepimpinan baru la nanti rakyat dun suka kita bukan meluat kat kita.

Anonymous said...

Mana ada Hisham mudin berani nak lawan Mukhriz, dengan bini dia pun kena tarik telinga.

Apo la... dayus bona Hisham ni. Agak ehh dah telampau banyak sangat hisham ni makan nasi kangkang kot.

Eden boto2 kecewo dongan Hisham!!! Adokan patut dibiar anak buah eh suruh Pak Lah lotak jawatan> Malu hisham.

Malu den.

Anonymous said...

macam2 yang koorang tulis cakap pasal paklah hisham kj.kau nak tau orang2 ini semua dah nampak yang dia akan kalah belum bertanding.sebelum dia minta macam2 sistem koya dihapuskan tunggu dato hisham kosong kan kerusi.dan macam3 lagila.sekarang ni heboh gruop yang bermasaalah nak keluar parti pulak dah.lepas ni apa pula yang dia orang buat .nak keluar keraakyatan pulak.mana PLANET dia orang datang.ni mukhris ni cakap nak bertanding ketua pemuda malaysia lopeh tu nak keluar parti pulak.ternyata anda mempunyai sifat kebaculan.dah keluar parti macam mana nak bertanding.dia dah nampak dia dah tak boleh menang punya macam8 cerita yang dia buat.APA TAKUT NGAN KJ KE.HALO DATOK KJ TAK MAKAN ORANGLAH.ADA BERANI KA DATOK anak beranak tun mempunyai rancangan kita dah nampak FAMILY PLANING.apa10 ahli UMNO tetap bersama paklah.

Anonymous said...

AB..BANG..HA SAA..YAA..HA.MAA.RI..HA.DOOOON RANTAUUUU...saya mau tanya abangha..ini mahathir betul betul mulayuka.dia cruta lain macam lah .saya sendri sokong paklah apsal dia tak mau sokong.SAPA lagi tau tala sokong paklah.tarak orang lain mereka dan keluarga mereka sahaja.BULLSHIT MUKRIS TIPU PUNYA ORANG...

Anonymous said...

hidup umno hidup paklah hidup hisham hidup tokmat hidup kj...cubaan untuk menjatuhkan paklah tidak berjaya syabas paklah .mahathir dah tak bernyawa lagi.mereka kehausan idea.jalan terakhir keluar parti.anak beranak keluar parti.tak pernah dibuat orang.lepas ni suruh dia orang buat parti tapawer.meniaga la.okey paklah kami sokong PAKLAH.. U..UNTUK M..MELAYU N..NEGARA O..OKEY TAKDE MASAALAH

Anonymous said...

Helo Pemuda Paroi,tolong jawab:
1. Kenapa KJ jumpa anwar ibrahim masa anwar keluar dari jail?
2. KJ kata dia hantar paspot anwar masa tu, bila pulak dia kerja dgn imigresen & bila pulak dia jadi posmen anwar?
3. Kenapa pulak Hishamuddin (KETUA PEMUDA UMNO MSIA) minta maaf kat cina sebab isu keris ari tu?
4. Kenapa pulak Hishamuddin tak minta maaf dgn melayu & Umno bila UMNO kalah teruk masa PRU di bawah kepimpinan dia selaku ketua pemuda?

Ijam ke, KJ ke , Harimau paroi ke, kucing paroi ke, pemuda paroi ke sila jawab!

Anonymous said...

Jawapan dia aiman tak kisah....

Anonymous said...

jawapan pada budak dun yang menang DUN KAO YANG MENANG.KAO KALAH.soalan kao ni yang boleh jawab aiman aje jadi jawapannya aiman pun tak kisah.kao tanya mahathirlah.kenapa kao suka tanya soalan bodoh.dia punya sukalah.sama lah macam kao kao punya suka nak tulis apa pun sapa nak larang.kalau tak suka berghonti jadi orang....

Anonymous said...

Helo penyokong aiman tak kisah, kalau tak dapat nak jawab soalan simple ni, macam mana nak menang kat dun. Tu sebab rakyat meluat kat kau org sebab kau org tak ada akal.
Kau pun nak jadi posmen kj ke?

Anonymous said...

Blog ni blok membodek dio org tak tau apo pun salah pun sokong gak dah masuqqqqqqqqqqqqq,dio org ni tolo dah dimakan rimau

Anonymous said...

eee x suka mamat dun yg menang.mcm dia sorang menang.budak batang berjuntai menang tak eksen pun.mesti tak ensem dia ni kan.penyakit pun byk yela asyik mara2.darah tinggi ada kencing manis ada jantung baru pra2 nak kena overhaul tu.korang jgn contohi mamat ni.boring sally..

Anonymous said...

diaorang ni sally ada satu penyakit yang tak buleh ubat iaitu kencing kuat kalau kencing manis kita boleh potong kaki ke tangan ke potong lah apa yang patut pun tapi kita tak zalim.kita masih mencegah penyakit diaorang kalau tak boleh gak kita merawat penyakit kalau tak boleh gak alamat keno potonglah.mamat dun yang menang ni dia ada satu penyakit sungguh aneh dia tak boleh masuk blog pemuda paroi mesti nak angin .agaknya dia bercita2 nak jadi wakil rakyat dun yang kalah .,MENGAPAKAH TUHAN MENCIPTA KAU MENJADI MANUSIA KAN LEBIH BAIK MENJADI HAIWAN....

Anonymous said...

PEMUDA PAROI JAWABLAH,JANGAN BAGI MALU BOSSSS KJ KAU TU.DUIT KAU DAH AMBIK TAPI TAK GOTI NAK JAWAB,PEJUANG APO NI,BUANG BOREH JO KJ BAYA KAU.DAPEK DUIT BUTO JOLAH KAU.SIAN KJ DAPEK ORG MCM KAU NI.PONDAN RUPONYA,JAWABLAH COPEKKKKKKK

Anonymous said...

kepada aiman tak kisah,

apo pulak ko nak kisah sobab Tuhan Jadikan Manusio tu manusio bukan haiwan bukankah kau tak kisah....
Raso denlah ...kalau kau lahir jadi haiwan yg diberi namo Aiman pun den raso kau tak kisah....sobab memang kau tak kisah....
jgn mare.....sekadar bergurau ..bukan nak menghina.


Den yg Kisah...

Anonymous said...

aiman tak kisah apa2 kau nak cakap lu punya suka la bagi aiman mana ada aiman malukan BOSS aiman .kau yang yang cakap .bunyi kau cakap macam dah kecewa yo.jangan cam tu nanti pendek napeh.kalau kau nak jumpa anwar kau poi lah jumpa tak de sapa yang marah kau punya sukala.HIDUP KJ..HIDUP KJ..HIDUP KJ..HIDUP..KJ.. jangan marah den pun gurau yo..

Anonymous said...

En aiman x kisah kalau anda ada akal sila jawab soalan_soalan yg diutarakan oleh pemuda umno dun yg menang demi kebaikan umno & demi berkata benar walaupun pahit!

sekian. T kasih.

salam perjuangan,
YBKJ

Unknown said...

Tun ke...Pak Lah ke..rasanya sama je lah. Sorang gelojoh dan sorang lagi lembab. Penyamun dan pencuri.

Sekarang Rakyat marah dg kenaikan harga minyak. Agak agaknya tak merasalah rakyat harga minyak murah sebagai negara pengeluar minyak dunia. Yg kaya raya pemimpin UMNO,Kroni,Ketua Bahagian,Ketua Cawangan. Rakyat sekarang kena ikat perut dan berjimat.Silap hari lebih teruk dari India. Katanya hasil minyak Malaysia habis 2013. Pupus juga ke macam UMNO ?? Cemerlang, Terbilang, Gemilang dan Temberang.

Aku dah tak tahu apa nak jawab dgn rakyat !!!! Mereka juga ada fakta kukuh. Apa yg aku sokong, rupa nya membawa rebah. Aku dah menyampah dgn motto kita " Berjuang untuk, Agama, Bangsa dan Negara. Bila jumpa kawan kawan asyik cerita nak cari project, nak bertanding lah. Gossip. Hampeh UMNO ni rupanya. Tapi sejuk hati aku bila tengok muka Tuan Guru Nik Aziz!!!