AMATLAH malang dunia kewartawanan di Malaysia, jika mana-mana media, sama ada media elektronik, maya ataupun media cetak menganggap fitnah sebagai 'perkara biasa' dan jika ada yang terasa difitnah, penyelesaiannya dengan membuat permohonan maaf.
Antara dialog filem P. Ramlee yang masih saya ingat "jika semua kesalahan boleh diselesaikan dengan perkataan maaf, tidak perlu Allah cipta syurga dan neraka di akhirat kelak". Saya sudah terjun ke dunia kewartawanan sejak 1978, iaitu kira-kira 30tahun dahulu.
Antara wartawan yang sempat saya belajar di bawahnya, ialah Tan Sri A. Samad Ismail. Ramai lagi wartawan-wartawan senior yang saya tuntut ilmu kewartawanan dari mereka tetapi tidak ada seorang pun wartawan yang saya anggap sebagai sifu ini membenarkan 'permohonan maaf' jika seseorang wartawan itu sudah melaporkan sesuatu. Dalam ertikata lain, kita (wartawan/editor) kena bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis – bukan setakat di dunia malahan, hingga ke akhirat!
Di sini, ingin saya kaitkan permohonan maaf dari Malaysiakini, antara laman portal yang agak terkenal sebagai pelapor laporan berat sebelah sejak sekian lama. Mungkin mereka tidak beranggapan fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh. Tetapi, jika saya yang mengemudikan portal ini hanya ada dua pilihan dalam diri saya. Pertama, saya tutup terus portal ini dari berterusan menjadi penyebarberita yang belum pasti benar dan kedua, berundur dari dunia kewartawanan dan memilih bidang lain yang boleh menjauhkan diri saya dari menjadi penyebar fitnah.
Berita Harian Sabtu, 26 April melaporkan 'Malayskini mohon maaf kepada Khairy' cukup mengejutkan saya. Saya percaya, wartawan atau sesiapa sahaja yang menulis berita mengenai pengiraan semula undi Parlimen Rembau yang dimenangi Khairy Jamaluddin dengan majoriti 5,746 mengalahkan calon PKR Badrul Hisham Shaharin bukanlah suatu berita Alahai Chegu Bard... yang 'mengejutkan' sebenarnya. Orang-orang yang kenal siapa Badrul Hisham yang pernah menjadi guru di Seremban tentunya tahu, ramai 'gadis-gadis' yang kurang minat memberikan undi kepadanya kerana dia cukup dikenali dengan kisah-kisah silam yang berwarna warni.
Malangnya, ada wartawan Malaysiakini menjadikan Badrul Hisham sebagai 'sumber berita' dan gagal mendapatkan pengesahan dari pihak SPR sendiri, sama ada benar atau tidak pengiraan undi terpaksa dibuat semula.
Mana datangnya cerita Badrul Hisham sudah menang 100 undi, hanya orang-orang PKR yang 'sama waktu' dengan Badrul Hisham sahaja yang tahu. Inilah sebenarnya cara orang-orang PKR bermain politik, bawa cerita tidak betul, kononnya mereka menang dan apabila keputusan rasmi dikeluarkan, mereka akan mengatakan "kita dah menang tapi undi pos… ada tong lain… ada tipu sana sini….dan ada macam-macam fitnah muncul dari mulut mereka yang sefahaman dengan wartawan yang menganggap 'fitnah tidak apa kerana boleh diselesaikan dengan meminta maaf'.
Malaysiakini bernasib baik kerana Kahiry Jamaluddin tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Orang yang sanggup meminta maaf adalah sebenarnya orang yang terpaksa mengaku dia telah melakukan kesalahan. Kesalahan yang dilakukan oleh Malaysiakini sebenarnya bukan kesalahan kecil sebenarnya kerana tidak dapat diukur berapa ramai yang membaca fitnahnya ketika disiar dan diulang siar dengan berapa ramai pula yang membaca siaran minta maafnya itu?
Satu hal lagi, Malaysiakini bukan sahaja melakukan 'fitnah serupa' kepada Khairy Jamaluddin seorang, ramai lagi yang turut pernah menerima nasib serupa, termasuk dalam hal-hal mempersoalkan ketuanan Melayu dan hak keistimewaan orang-orang Melayu. Cuma, belum ada seorang pun orang Melayu yang sanggup tampil seperti Khairy, menulis surat kepada Malaysiakini meminta penjelesan, apa sebenarnya Steven Gan mahukan dari orang-orang Melayu di Malaysia?
Apa yang mereka tidak puashati dengan ketuanan dan hak orang-orang Melayu? Janganlah kerana dia mengajikan seorang dua wartawan Melayu, dia sudah dapat merasakan dia adalah 'boss' kepada orang-orang Melayu di Malaysia. Ini suatu kesilapan. Dia mungkin boss kepada seorang dua Melayu itu, tetapi janganlah dia merasakan semua Melayu boleh 'diletakkan di bawahnya'.
Saya hendak mengambil kesempatan di sini, menasihatkan wartawan-wartawan yang masih bekerja, tidak kiralah mereka bekerja di mana sahaja, termasuk yang bekerja di Malaysiakini jika mereka tidak tahu tugas dan tanggungjawab kewartawanan selain dari etika yang patut diikuti, berundurlah dari dunia kewartawanan. Banyak lagi dunia lain di luar, selain dari dunia kewartawanan yang menjanjikan pendapatan. Bukan dengan menulis fitnah sahaja boleh mendapat gaji, sebaliknya menulis ucapan, menjadi petition writer' dan menulis berita-berita ringan juga boleh menjanjikan pendapatan.
Bayangkanlah, jika Khairy Jamaluddin tidak menulis surat kepada Malaysiakini untuk menjelaskan bahawa tiada pengiraan semula undi dibuat bagi kerusi Parlimen Rembau yang dimenanginya, sesiapa sahaja yang membaca 'fitnah' ini akan percaya bahawa pengiraan undi terpaksa dibuat dua kali.
Saya difahamkan, lawan Khairy, Badrul Hisham juga turut menulis (tetapi saya tidak membaca tulisan bekas guru yang banyak cerita tidak seronok di Seremban) mendakwa dia menang dalam kiraan pertama, sekitar 100 undi. Tetapi, dari berita yang saya baca dalam Berita Harian, Sabtu 26 April ini, Badrul Hisham didakwa tidak berada di pusat penjumlahan undi, 8 Mac lalu.
Dari segi logik akal, orang yang menjadi calon bila dia tidak hadir di pusat perjumlahan undi, ada dua sebab. Pertama, sudah tahu dia kalah dan kedua, tidak sanggup menerima kekalahan. Atas kedua-dua alasan ini, "para penyokong Badrul Hisham dan PKR di Rembau, lupakanlah parti dan orang ini. Dia ni bukan jenis pejuang. Kalau bertanding, nak menang aje. Bila kalah, menulis, di merata tempat kononnya, dia tidak kalah, tetapi ada …..macam-macam cerita antaranya dikira dua kali. Dan kiraan kali kedualah yang menyebabkan dia kalah…"
Saya cukup kenal dengan ramai orang-orang keADILan (PKR). Mereka ini semuanya sama nada dan suara dalam bab bohong. Tengoklah macam mana Datu Seri Anwar Ibrahim buat 'psi-war' tentang ada wakil-wakil rakyat BN akan melompat. Siapa yang menyambut 'pembohongannya' itu? Tentunya Azmin Ali. Siapa Anwar dengan Azmin ni… jawabnya "orang kampong semua dah tahu".
Kepada Malaysiakini, kita tunggun apa reaksi mereka dengan tulisan ini dan kpada wartawan-wartawan dari kalangan orang-orang Melayu di Malaysiakini, berfikirlah sejenak… kerana kita yang beragama Islam akan berdepan dengan Allah swt di akhirat kelak. Fitnah yang kita buat akan kita tanggung sendiri. Malaysiakini tidak ada bersama-sama kita waktu itu.