Thursday, May 22, 2008

Desak PM letak jawatan keterlaluan


SEREMBAN 22 Mei - Kenyataan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir yang mahu supaya Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan dianggap keterlaluan dan tidak wajar.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Ir. Jamlus Aziz berkata, tindakan Mukhriz lebih kepada mengugut dan ia tidak seharusnya berlaku kepada Perdana Menteri yang telah mendapat mandat ahli untuk menerajui parti terbesar di negara ini.

Sehubungan itu, beliau mahu supaya Ahli Parlimen Jerlun itu dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO agar kemelut dalaman parti dapat diselesaikan dengan lebih rasional berikutan pengumuman keluar parti oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga bapanya, dua hari lalu.

''Jika Mukhriz matang, dia tidak akan mengugut Presiden UMNO sebegitu, apatah lagi meminta Abdullah meletakkan jawatan. Seharusnya, sebagai ahli UMNO yang berwibawa, dia (Mukhriz) hendaklah membantu memperkukuhkan parti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

24 comments:

Anonymous said...

Helo bekas Yb & exco Jamlus, apa punya statement bekas yb buat ni? Mana ada Mukhriz ugut Pak lah . Kan Pak lah lagi kuat pada Mukhriz. Jadi mana boleh org lemah ugut org kuat mcm pak lah.
Jadi jgn la mengelirukan rakyat semata-mata nak bodek pemimpin atasan. Masa zaman Isa bodek Isa, masa zaman Tok Mat bodek Tok Mat & tinggalkan Isa, sekarang mcm mana? Sebab apa jadi exco sepenggal je?
Sekurang-kurangnya Mukhriz ni bukan pmbodek mcm bekas yb Jamlus.
Sebagai ketua pemuda negeri apa yg Jamlus dah buat utk kuatkan parti? Jawapannya tak ada tu sebab Negeri Sembilan ni hampir jadi negeri pembangkang. Apapun Yb Mukhriz menang kat Jerlun walaupun di kawasan panas pembangkang.Bro Jumlus kan lebih baik berkata benar walaupun pahit daripada jadi pembodek tapi tak ke mana pun.

Anonymous said...

beruk ni org mukhriz ropenye.. ko lak dh ke mana pembodek mukhriz dun yg menang??

Anonymous said...

ni lagi nyenyak tido ni..

meh tgk kt http://kpmu.blogspot.com/

Anonymous said...

Yo bro di atas, nak kat beruk ke apa ke kata la sebab perangai org KJ memang mcm bro.Tu sebab dun paroi umno kalah sebab perangai bro tu.

Rosmerah said...

JALAN KELUAR KEPADA KEMELUT KETUAN MELAYU ADALAH KETEGUHAN EKONOMI.APA GUNA KITA BERCAKARAN TETAPI EKONOMI PEMUDA REMBAU TIDAK DIRANCANG SEBAIKNYA.MASIH RAMAI PEMUDA YG MENGANGUR,TIDAK CUKUP BELANJA DAN BERBAGAI MASAALAH HIMPITAN KOS HIDUP YG SEMAKIN PARAH.KEPADA PELAYAR BLOG INI SAYA INGIN KONGSI BAGAIMANA ANDA BOLEH MERINGANKAN KOS HIDUP DAN MENAMBAHKAN PENDAPATAN ANDA.LAYARILAH BLOG:http://rosmerah-plantation.blogspot.com/

Anonymous said...

desak pm letak jawatan kanape ek... tkt tembelang pecah ye... knape mukhriz x keluar dr umno jgk ek ?? knape x ikut bapak dia kuar dari umno skali ek...?? mushkil nie... haaa... misti ada kompirasi nie... misti nak cover kesilapan bapak dia yg penah bapak dia buat masa jadi pm dulu... it's to late tun... nasi dah jadi bubur, so... stanby je lah kalu2 terbukti yg menyatakan tun bersalah nt... hrp2 xlah... tun dah byk berjasa pada negara kita nie... tun dah kluar pada umno pun dah ok dah... nampak serabut sgt kalu tun msk campur dlm hal2 politik nie, tun byk2 lah berehat dirmh jage kesihatan tun dan bermain dgn cucu tun...

Anonymous said...

kalau betul berani tunggu pemilihan parti kita tahu sape betul sapa salah tak payah suruh paklah letak jawatan orang umno dah tau mahadhir manusia yang tidak boleh milihat orang lain senang.

Anonymous said...

tahniah umno diperingkat majlis tertinggi dan akar umbi masih berpegang teguh menyatakan menyokong PAKLAH dan tidak akan keluar parti walaupun apa2 terjadi. seorang budak hingusan cuba nak jadi hero mendesak PM letak jawatan siapa mukhris ni. jangan jadi jebat menderhaka tuah menanti masa untuk menjalankan perintah nanti cilaka padahnya.kita patutnya cari jalan bantu PAKLAH menyelesaikan kemelut bukannya bergaduh sesama sendiri.apa lagi yang mereka mahu sepatutnya berbincang selesaikan masalah negara dulu.macam mana nak selesaikan masalah negara kalau sibuk memekirkan parti sibuk nak bertanding menuding jari pada orang lain manusia ni tak ada yang sempurna.masing2 cerita pasal ketuanan melayu tapi bila nak laksanakan apa yang di bincangkan apa akan jadi dengan orang2 melayu dimasa akan datang.jadi otai2 umno tunjukan lah satu teladan yang baik pada genarasi yang akan datang.jangan ajar seperkara begini pada anak cucu kita.kita mesti lakukan perubahan bila sebut UMNO pihak lawan akan jadi gerun bukanya bergaduh macam ni.pada mukhris kalau tak puas hati bertandinglah jawatan presiden tunjukkan kau tu bagus jangan cabar orang di luar gelangang...

MAHA KAYA said...

Muhkriz ibarat seekor tikus yang merosakkan padi..Jika tidak diracun, padi akan rosak, kerugian pasti dirasai. Jelas sekali, Muhkriz bukanlah seorang pemimpin yang bertanggungjawab terhadap parti dalam membela nasib orang-orang melayu, tetapi Muhkriz adalah seorang Ahli Parlimen untuk jajahan Mahazalim yang menjadi mentor dalam arena politik beliau.Sifat begini tidak diperlukan didalam UMNO, Muhkriz wajarlah berundur atau UMNO sendiri perlu menolak orang sebegini.

Korang semua cakap tak serupa bikin, kalau nak hot lagi layari http://raksasabn.blogspot.com

Anonymous said...

mukhriz dan konco2 n kroni2nye patut dihapus kan!!!!

Anonymous said...

Kalau setakat buek blog nak sokong satu pihak je baik tak payah, ghontikan jo jang..Ekau semuo ni porlu sikap terbuko dan lobih kritis untuk memikirkan tontang bangso melayu. Pemudo tak perlu di tajo oleh sesiapo, bilo kito ni di tajo tulah yang torjadi hari ni..Jati Diri pemudo UMNO makin lomah, asyik suka bersorak jo tapi kampung dopan mato eh dah tergadai, kritikan bukan bermaksud tak setio pada parti, UMNO ni bukan Pak Lah dan Mahathir yang punyo. Ado perbezaan antara setio pada parti dan setio pado pemimpin. Kito setio pada parti kerana parti ada lah wadah perjuangan kito..Pemimpin bukan wadah perjuangan kito, dio datang dan pergi. Kito takleh sokong pemimpin membabi buto, tuhan kasi akal kek kito suruh fikir jadi guno dongan seponuhnyo. Jadi apo salah eh kito menogur pemimpin???? Pemimpin UMNO bukan maksum..yang maksum Rasul kito. Jadi mengapo terlalu banyak kebenaran yang berlaku harus kita tolak. Apo yang penting Pemuda perlu memikirkan halatuju kito ni nak kemano..Jangan kita bertuan kan sesiapo..Buruk padah eh..Berkato bonarlah walaupun pahit untuk kita terimo..Perjuangan perlu bawak agamo bersama, jangan agamo itu dimulut ajo..pemudo perlu banyak muhasabah diri..UMNO tak perlu kuantiti but needs quality..Apa guno ahli berjuta tapi pilihanraya kalah..So kepado Pemuda UMNO Paroi, fikir fikirkanlah, maso tak lamo, kalau raso DUN dah kalah bueklah kojo nak boto kan UMNO ni supaya umat melayu raso ado keyakinan dan kepercayaan..Kalau raso kito satu group jo yang beriyo iyo nak menogakkan bonang yang dah basah tu namo eh syok sendiri..Bazir maso jo.. Fikir fikir lah ek

Tok Anjang..Mahfah

Anonymous said...

ni deh tok anjang yang tak campur masyarakat main sodap tokak yo cakap taktau cerita duk ontok2lah.cerita macam nak jadi rasul yo suko hati kau lah.layan yolah

Anonymous said...

jangan jadi bangang kawan oii....tok anjang tu hanya menegur. Jadi kalau nak jawab, jawab la caro berhemah..
Cubo buek analisa sikit apo yg dio togur tu..nak melonting tak tontu arah buek apo kawan oii..

Anonymous said...

ese

Anonymous said...

Bukan ape yg ditegur oleh tok anjang tu kita nak marah tak tentu pasal.. Masa zaman Tun dulu, semua pihak akur dan tak membantah pun apa jua yg diputuskannya.. Jadi,kini dah zaman Pak Lah biarlah dia cuba tadbir dengan cara yang tersendiri.. Dalam kemelut atas keputusan PRU yg lalu, semua pihak termasuk Tun dan Mukhriz sepatutnya berganding bahu bersama2 dengan Paklah.. mencari salah dan silap pada UMNO dengan cara bermusyawarah secara tertutup bukan dengan cara Hentam KROMO je.. Mari kita pikir sejenak dalam konteks yg lebih kecil lagi.. Jika kita bergaduh antara adik-beradik dalam sebuah keluarga, apa yg patut kita lakukan ? andai keluarga tu masih punya ibubapa dah tentulah dia akan panggil anak2nya yg bergaduh tu..supaya masalah dapat diselesaikan dengan baik,tanpa orang lain dapat tau !! Begitu juga sebaliknya jika keluarga tersebut tak punya lagi ibubapa.. maka abang yg sulunglah perlu menyelesaikannya.. aku bukan nak sokong Paklah tanpa usul dan periksa.. Namun inilah yg perlu kita amalkan juga dalam UMNO.. Teramatlah malang jika ada petualang yg ingin melihat UMNO BERPECAH !! Sebelum ia terus melarat, eloklah rasanya puak2 ni undur diri.. UMNO sendiri takkan merasa rugi, kerana hilang orang macam anda !!!

ahmadalbab said...

salam..

saya setuju dengan isqimi, memang betul.. masalah dalaman seharusnya diselesaikan dalam parti..

tapi.....

apa tindakan paklah??? sebagai orang no 1 dalam parti apa tindakan paklah???

apabila Tun Mahathir menegur kenapa tak boleh terima?? Kenapa??
Tun bukan orang no 1 parti lagi... macammana dia nak panggil paklah..

Paklah kena panggil Tun bukan.. tapi tak nampak pun tindakan paklah..

bila ahli UMNO nak buat EGM, tak bagi pulak... kenapa???

tak nampak kekuatan paklah...

my-fikirr menulis said...

Assalamualaikum Sdra2 Pengendali Blog Pemuda Umno Paroi,

Adalah menjadi harapan besar kpd saya dgn mengunjungi blog ini untuk mendapat makluman mengenai perancangan mahupun aktiviti parti dijalankan oleh pihak kepimpinan khususnya di Paroi.

Khasnya mengenai pelan perancangan untuk Pemuda Umno di Paroi memandangkan kwsn ini di bwh pembangkang.

Dgn makluman ini, saya dapat memberi penjelasan kpd ahli di akar umbi agar mereka masih berminat bersama dgn parti.

Semoga harapan saya ini mendapat pertimbangan drpd yg berkenaan.

Sekadar satu harapan peribadi

Sekian. Tkasih.

Anonymous said...

Jawapan kepada ustz zul,blok ini diwujudkan bukan untuk itulah ,blok ini di wujudkan untuk kempen dan membodek KJ semata mata tiada agenda lain selain dari itu,apolah kau ni ustaz zul bacalah apa yg kami tulis itu pun tak paham buat malu jo nama kita sama,sorry yo ustaz.

Zul Posto

Unknown said...

La.....Dia kata dia...jolok sana jolok sini. Patutlah Tun keluar UMNO. Saya pun nak keluar UMNO lah.. Sekarang sepatutnya Pemuda bangun membela rakyat yg terhimpit dgn kenaikan harga minyak. Tapi kau org buat bodoh atau dah lama bodoh. Siapa yg bersuara untuk rakyat sekarang...PEMBANGKANG. PEMUDA UMNO dah jadi pembodek yg nak leka nak cari project, nak cari proxcy.

Azman tu kan insurance ajen, bila lak dia cari project. Dia bukan kontraktor bodoh.

Sudahlah Pemuda Paroi, dgn PAS yg serba kekurang pun buleh kalah. Jentera yg tak beberapa korek pun tal leh nak lawan. Harimau konon. Makna na nye rakyat dah mula menyampah...faham. Jgn perasan bagus.

PM kita ni dah terlalu bangang dan lembab. Nak simpan sampai bila. Rakyat makin marah dgn UMNO. KJ pun tunggu masa je nak terlungkup. Paling kuat 5 tahun.

Anonymous said...

Tapi yg pasti ramai ahli UMNO ni pembodek dan penakut. Apa Pemuda buat apabila harga minyak naik melampau. Yg pasti bodek, bodek, yes man, yes man. Siapa yg berani bersuara ??? Ahli parlimen kita....ooopp. Pak Mertua dia, tak lehhh. Siapa ????? Woiii Pemuda Bacul ..kau dengarlah rintihan rakyat. Apa guna bangunan tinggi melangit, apa guna pelancung angkasa jika rakyat menderita dan kono ikat perut. Jgn nak berlagak, papa asal bergaya.....Rakyat dah mula menyampah dgn UMNO...salah siapa ? Salah Tun,Pak Lah, Najib, KJ dan pendukung semua. Kajilah, jgn sempitkan fikiran kita, berfikiran terbukalah.

Anonymous said...

WOI harimau Paroi jawab la !
Minyak naik bebankan rakyat atau tak?

Sekarang ni dah jadi harimau sarkas ke?

kalau rakyat makin tertekan dan terhimpit dgn kos hidup yg tinggi & inflasi yg akan meningkat macam mana nak jadi Cemerlang Gemilang & Terbilang?
TEMBERANG boleh la.

Hampas punya Pemuda Paroi utk rakyat pun kau org tak berani nak bersuara, kau org ni hanya tahu bodek aje.

Anonymous said...

MUKHRIZ PEMIMPIN TULEN BUKAN CAP TIPU CAM KAMBIONG JANTAN!

Anonymous said...

tulen konon kau tanya dia .dia tu melayu ke mamak jangan kena tipu dengan mamak dia punya belit tak bernapas kau nanti.wahai zahar yang kurang berakal fikirkanlah

Anonymous said...

Saya suka idea Rosmerah. Kita ni selalu cakap pasal politik. Kalau blogger tu ada kaitan langsung dengan dunia politik, tak mengapa la juga. Ni, yang saja suka2 nak popolar la konon. Saya harap, kita tukar blog kita kepada perbincangan perniagaan agar kita dapat pecahkan monopoli satu kaum sahaja dalam biz.