Thursday, May 29, 2008

BADRUL HISHAM BAKAL MENJEJAKI EZAM

Written by Cengal

Hanya bermula dengan desas-desus dan gosip liar, akhirnya orang kuat penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga bekas Ketua Pemuda Keadilan iaitu Ezam Mohd Noor sah memohon untuk menyertai semula UMNO.

Ezam telah menyerahkan borang permohonan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi petang semalam (Rabu) dengan yuran sebanyak RM100 untuk menjadi ahli seumur hidup parti UMNO.

Terdapat spekulasi baru yang menyatakan bahawa ada dikalangan golongan muda yang juga dikenali ramai sebagai orang kuat Keadilan akan menurut jejak langkah Ezam menyertai UMNO. Beliau yang dimaksudkan adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan, Badrul Hisham Shaharin.

Badrul dan Ezam yang dikatakan kerap kali mengadakan pertemuan dan membincangkan sesuatu secara berdua mendatangkan satu teka-teki akan kebenaran spekulasi ini. Persoalannya, bilakah pula Badrul akan mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan Keadilan dan menyertai UMNO?

Berapa lama penafian yang akan Badrul pertahankan bahawa desas-desus ini hanya spekulasi semata-mata? Apakah motif permainan politik yang cuba dimainkan oleh kedua anak muda ini?

Walau apapun permainan yang dirancang dan motif yang tersembunyi, yang pastinya parti Keadilan Rakyat kini sedang goyah dan menunggu masa untuk rebah bila-bila masa sahaja. Kepercayaan ahlinya semakin berkurangan dan menipis menyebabkan parti ini tidak lagi kukuh.

Thursday, May 22, 2008

Desak PM letak jawatan keterlaluan


SEREMBAN 22 Mei - Kenyataan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir yang mahu supaya Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan dianggap keterlaluan dan tidak wajar.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Ir. Jamlus Aziz berkata, tindakan Mukhriz lebih kepada mengugut dan ia tidak seharusnya berlaku kepada Perdana Menteri yang telah mendapat mandat ahli untuk menerajui parti terbesar di negara ini.

Sehubungan itu, beliau mahu supaya Ahli Parlimen Jerlun itu dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO agar kemelut dalaman parti dapat diselesaikan dengan lebih rasional berikutan pengumuman keluar parti oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga bapanya, dua hari lalu.

''Jika Mukhriz matang, dia tidak akan mengugut Presiden UMNO sebegitu, apatah lagi meminta Abdullah meletakkan jawatan. Seharusnya, sebagai ahli UMNO yang berwibawa, dia (Mukhriz) hendaklah membantu memperkukuhkan parti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

MOKHZANI DAN MUKHRIZ TIDAK SEHALUAN

Wrriten by cengal

Mengikut jejak langkah bapa dan ibu tercinta. Itulah yang dilakukan oleh seorang ahli korporat yang juga anak kedua Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Mokhzani Mahathir apabila beliau juga mengumumkan keluar daripada UMNO dan telah menghantar surat mengenai perkara tersebut ke pejabat UMNO Bahagian Merbok menerusi faks beberapa hari lepas.

Berlainan pula tindakan adik beliau iaitu Mukhriz Mahathir yang sudah beberapa kali membuat kenyataan yang sama iaitu tidak akan meninggalkan UMNO miskipun sudah beberapa kali menyatakannya secara terbuka.

Malah tindakan Mukhriz ini mendatangkan rasa jengkel pula dikalangan para wartawan yang menjangkakan berita selain kenyataan itu. Mereka hampa kerana perkara yang sama juga diulang-ulang oleh Mukhriz.

Disebabkan Tun tidak dapat menyakinkan Mukhriz untuk mengikut jejak langkah beliau, akhirnya Mokhzani yang turut serta. Mokhzani, menjadi ahli UMNO selama 22 tahun sejak tahun 1986 dan meletakkan jawatan sebagai Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO pada 2001 kerana faktor had usia.

Bekas Ketua Pemuda UMNO Merbok itu yang lebih aktif dalam sektor korporat juga pernah menyandang jawatan Bendahari UMNO Kedah.

Nampaknya keluarga Mahathir amat gemarkan angka 22 tahun. Adakah Mukhriz juga akan menunggu angka 22 untuk membuat kejutan sepertimana bapa dan abang beliau?

Tindakan Mukhriz yang meletakkan syarat sehingga Julai ini untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan parti dan kerajaan atau beliau pula akan bertindak keluar parti adalah keterlaluan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menegaskan bahawa dalam parti, kesetiaan, kedudukan, kejujuran dan keikhlasan kita bukan satu permainan yang boleh dijual beli.

Mukhriz harus sedar bahawa dalam diri beliau sudah tiada lagi kesetiaan pada UMNO dan perjuangan yang dilakukan oleh beliau hanyalah semata-mata mahu menyelamatkan kedudukan bapanya yang ternyata tergugat dengan pelbagai spekulasi yang negatif.

Memang wajar jika Mukhriz dihadapkan ke muka pengadilan Jawatankuasa Pengurusan Parti di mana beliau akan diadili sewajarnya. Mukhriz sudah derhaka pada bapanya kerana tidak mendengar kata bapanya.

Mukhriz juga derhaka pada perjuangan parti UMNO dengan tindakan beliau itu. UMNO tidak memerlukan ahli yang derhaka untuk teruskan perjuangan. Tanpa Mukhriz, UMNO akan terus berjuang demi agama bangsa dan negara ini.

Monday, May 19, 2008

Terus Berjuang dan Tunjukkan Kesetiaan-Pak Lah


Mengulas tindakan mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan daripada UMNO sesuatu perkara yang memeranjatkan banyak pihak khususnya dari kalangan ahli-ahli UMNO sendiri. Namun, sebagai ketua yang mengepalai kepimpinan parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menasihatkan kepada kesemua ahli UMNO agar bertenang dan menunjukkan kesetiaan penuh terhadap parti.

Apapun tindakan yang telah dibuat oleh mantan PM itu adalah soal peribadi beliau dan keputusan Tun sendiri, sebagai ahli yang setia dan bermatlamat memperjuangkan teras perjuangan melayu seharusnya tidak mengikut langkah yang sama kerana ini boleh membuka kelemahan parti terhadap pembangkang yang sentiasa mengambil peluang.

“Saya amat berharap ahli UMNO akan tetap setia dengan parti ini. Apa akan jadi kepada kita jika tidak ada parti seperti UMNO? UMNO telah banyak berjasa kepada rakyat Malaysia.Saya sendiri sejak dahulu sampai sekarang tidak pernah keluar UMNO. Saya akan teruskan perjuangan UMNO dan akan tetap setia kepada UMNO,” katanya.

Dalam reaksinya, Abdullah juga menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatannya sebagai pemimpin tertinggi kerajaan dan Presiden UMNO ekoran tindakan bekas perdana menteri itu sambil menegaskan untuk apa beliau hendak meletak jawatan kerana masih banyak lagi kerja dan tugas-tugas yang perlu diselesaikan dan jalan yang diambil dengan meletak jawatan dalam parti belum tentu boleh memulihkan keadaan dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO.

Dalam keadaan hangat ini, beliau juga turut menasihatkan kepada para ahli agar tidak terikut-ikut jejak langkah Tun Dr. Mahathir itu demi kesetiaan dan masa depan parti UMNO yang kita pelihara sejak penubuhannya lagi.

Sungguhpun begitu, ketika dibangkitkan mengenai ura-ura akan ada ahli yang bakal meninggalkan UMNO, beliau berkata, jikalau kita benar-benar ahli yang memperjuangkan UMNO, kita mesti bersabar dengan UMNO. Kalau kita tidak mahu dengan UMNO, bererti tidak ada lagi perjuangan UMNO dalam diri kita.

Abdullah menegaskan, kekuatan UMNO adalah berasaskan kepada perpaduan majoriti ahli dan bukannya disebabkan pemimpin berpengaruh. Dulu ketika pemimpin besar, kanan dan berpengaruh tidak ada dalam parti, majoriti ahli UMNO tetap bersama parti, sebab itu UMNO wujud sampai ke hari ini.

Friday, May 16, 2008

Pelan pemulihan kembalikan sokongan rakyat

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan yakin Barisan Nasional (BN) mampu meraih kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-13 jika pucuk pimpinan melaksanakan pelan pemulihan yang berkesan.

Beliau berkata, sekarang bukan masa menuding jari kepada sesiapa untuk mencari kesalahan sebaliknya mencari jalan penyelesaian dan inisiatif supaya kekuatan dalaman parti dapat dipulihkan.

Menurutnya, amat penting sekali pelan pemulihan itu mendapat sokongan daripada semua pihak bukan sahaja di kalangan ahli UMNO malah parti-parti komponen BN.

''Ia akan menjadi sebagai satu mekanisme kepada parti-parti komponen yang lain untuk membentuk semula keyakinan rakyat terhadap kerajaan,'' katanya.

Beliau berucap pada Majlis Meraikan Kemenangan BN DUN Rantau dan Parlimen Rembau malam tadi. Hadir sama Naib Ketua Pemuda UMNO yang juga Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Menteri Besar Perlis, Datuk Dr. Mohd. Isa Sabu.

Mohamad menambah, tradisi BN untuk membela rakyat akan diteruskan termasuk di kawasan yang ditawan pembangkang kerana bukan semua pengundi mengundi pembangkang.

Tambah beliau, kewujudan Pusat Khidmat BN di kawasan pembangkang membolehkan segala masalah rakyat dapat diselesaikan.

Tuesday, May 13, 2008

Usah Cemburu Dengan KJ


Assalamualaikum saya nak maklumkan kepada kawan-kawan yang di luar sana. Kenapa dan mengapa kami di Rembau memilih KHAIRY JAMALUDDIN atau lebih dikenali sebagai KJ. Kami memilih KJ bukan kerana dia menantu Pak Lah sebaliknya dia adalah seorang ketua yang faham dan tahu mentadbir PEMUDA UMNO BAHAGIAN REMBAU.

Ramai yang beranggapan beliau membolot segala harta kerana ingin menjadi jutawan. Sungguh cetek pemikiran mereka ini. Bro, saya ingin jelaskan di sini, kalau KJ hendak menjadi jutawan dia tidak perlu bersusah payah untuk jadi Ahli Parlimen Rembau, Ketua Pemuda Bahagian dan juga Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Duduk diam-diam menjadi menantu Perdana Menteri pun sudah boleh jadi kaya. KJ tidak seperti beberapa orang yang berkenaan yang gila akan kuasa. Sebelum ini kita tahu ramai anak menantu PM yang sebelumnya yang sudah menjadi jutawan hasil daripada bapa mereka sebagai PM. Kita tidak hebohpun, tetapi kenapa KJ macam-macam cerita pula yang keluar.

Kenapa cemburu, dengki dan iri hati. Sekarang apa yang saya dapat lihat, sesiapa yang cuba berlawan dengan KJ pasti ‘glamour’ sebabnya KJ sudah terkenal satu Malaya. Semua orang kenal siapa KJ. Oleh sebab itu mamat-mamat yang mahu lawan KJ pun turut ‘glamour’ tapi cuma tumpang ‘glamour’ orang sajalah, maklumlah meraka ini hendakkan publisiti murahan.

Kalau nak ‘glamour’ jadi artis masuk Akedemi Fantasia lah, tak payah masuk politik. Contoh di Rembau, mamat-mamat yang tak suka pada KJ keluarkan gambar mereka dalam suratkhabar mengamuk kononnya nak singkir KJ. Nak ‘glamour’.

Cuba tengok balik berapa kerat sahaja. Makhluk ini saya sifatkan makhluk kerajaan langit. Kerana apa saja dan semua tindakan serta keputusan yang dilakukan oleh pemimpim UMNO REMBAU, semuanya tidak betul.

Saya nak tanya, siapakah bos mereka? Orang AYAH PIN ke? Di Rembau ini orang lain semua salah dia saja yang betul. Siapa meraka ni? Malaikat ke? Ataupun wali? Orang macam ni, malaikat turun jadi ketua di Rembau pun mereka kata tak betul. Habis siapa yang betul.

Hallo bro! Kita jangan menghukum orang. Biarlah tuhan sahaja yang menghukum dan jangan nak jadi tuhan pula. Kalau tak suka pada KJ duduk diam-diam sudah. Ramai yang suka dia lagi. KJ masih ada ramai pengikut dan penyokong yang setia.

Bila KJ ada program di Paroi, ramai pemimpin UMNO dan juga penduduk di sekitar Paroi hadir atas keiklasan mereka sendiri untuk sama-sama meraikan AHLI PARLIMEN REMBAU.

Bukan macam PKR yang import orang luar suruh datang dengar ceramah tanpa pengetahuan mereka. Tak habis-habis dengan ceramah. Bilakah wakil rakyat pembangkang ini nak buat kerja-kerja untuk rakyat. Tapi berlainan dengan KJ yang turun padang bertanyakan masalah rakyat.

Friday, May 9, 2008

Malang dunia kewartawanan dan permohonan maaf Malaysiakini kepada Khairy

AMATLAH malang dunia kewartawanan di Malaysia, jika mana-mana media, sama ada media elektronik, maya ataupun media cetak menganggap fitnah sebagai 'perkara biasa' dan jika ada yang terasa difitnah, penyelesaiannya dengan membuat permohonan maaf.

Antara dialog filem P. Ramlee yang masih saya ingat "jika semua kesalahan boleh diselesaikan dengan perkataan maaf, tidak perlu Allah cipta syurga dan neraka di akhirat kelak". Saya sudah terjun ke dunia kewartawanan sejak 1978, iaitu kira-kira 30tahun dahulu.

Antara wartawan yang sempat saya belajar di bawahnya, ialah Tan Sri A. Samad Ismail. Ramai lagi wartawan-wartawan senior yang saya tuntut ilmu kewartawanan dari mereka tetapi tidak ada seorang pun wartawan yang saya anggap sebagai sifu ini membenarkan 'permohonan maaf' jika seseorang wartawan itu sudah melaporkan sesuatu. Dalam ertikata lain, kita (wartawan/editor) kena bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis – bukan setakat di dunia malahan, hingga ke akhirat!

Di sini, ingin saya kaitkan permohonan maaf dari Malaysiakini, antara laman portal yang agak terkenal sebagai pelapor laporan berat sebelah sejak sekian lama. Mungkin mereka tidak beranggapan fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh. Tetapi, jika saya yang mengemudikan portal ini hanya ada dua pilihan dalam diri saya. Pertama, saya tutup terus portal ini dari berterusan menjadi penyebarberita yang belum pasti benar dan kedua, berundur dari dunia kewartawanan dan memilih bidang lain yang boleh menjauhkan diri saya dari menjadi penyebar fitnah.

Berita Harian Sabtu, 26 April melaporkan 'Malayskini mohon maaf kepada Khairy' cukup mengejutkan saya. Saya percaya, wartawan atau sesiapa sahaja yang menulis berita mengenai pengiraan semula undi Parlimen Rembau yang dimenangi Khairy Jamaluddin dengan majoriti 5,746 mengalahkan calon PKR Badrul Hisham Shaharin bukanlah suatu berita Alahai Chegu Bard... yang 'mengejutkan' sebenarnya. Orang-orang yang kenal siapa Badrul Hisham yang pernah menjadi guru di Seremban tentunya tahu, ramai 'gadis-gadis' yang kurang minat memberikan undi kepadanya kerana dia cukup dikenali dengan kisah-kisah silam yang berwarna warni.

Malangnya, ada wartawan Malaysiakini menjadikan Badrul Hisham sebagai 'sumber berita' dan gagal mendapatkan pengesahan dari pihak SPR sendiri, sama ada benar atau tidak pengiraan undi terpaksa dibuat semula.

Mana datangnya cerita Badrul Hisham sudah menang 100 undi, hanya orang-orang PKR yang 'sama waktu' dengan Badrul Hisham sahaja yang tahu. Inilah sebenarnya cara orang-orang PKR bermain politik, bawa cerita tidak betul, kononnya mereka menang dan apabila keputusan rasmi dikeluarkan, mereka akan mengatakan "kita dah menang tapi undi pos… ada tong lain… ada tipu sana sini….dan ada macam-macam fitnah muncul dari mulut mereka yang sefahaman dengan wartawan yang menganggap 'fitnah tidak apa kerana boleh diselesaikan dengan meminta maaf'.

Malaysiakini bernasib baik kerana Kahiry Jamaluddin tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Orang yang sanggup meminta maaf adalah sebenarnya orang yang terpaksa mengaku dia telah melakukan kesalahan. Kesalahan yang dilakukan oleh Malaysiakini sebenarnya bukan kesalahan kecil sebenarnya kerana tidak dapat diukur berapa ramai yang membaca fitnahnya ketika disiar dan diulang siar dengan berapa ramai pula yang membaca siaran minta maafnya itu?

Satu hal lagi, Malaysiakini bukan sahaja melakukan 'fitnah serupa' kepada Khairy Jamaluddin seorang, ramai lagi yang turut pernah menerima nasib serupa, termasuk dalam hal-hal mempersoalkan ketuanan Melayu dan hak keistimewaan orang-orang Melayu. Cuma, belum ada seorang pun orang Melayu yang sanggup tampil seperti Khairy, menulis surat kepada Malaysiakini meminta penjelesan, apa sebenarnya Steven Gan mahukan dari orang-orang Melayu di Malaysia?

Apa yang mereka tidak puashati dengan ketuanan dan hak orang-orang Melayu? Janganlah kerana dia mengajikan seorang dua wartawan Melayu, dia sudah dapat merasakan dia adalah 'boss' kepada orang-orang Melayu di Malaysia. Ini suatu kesilapan. Dia mungkin boss kepada seorang dua Melayu itu, tetapi janganlah dia merasakan semua Melayu boleh 'diletakkan di bawahnya'.

Saya hendak mengambil kesempatan di sini, menasihatkan wartawan-wartawan yang masih bekerja, tidak kiralah mereka bekerja di mana sahaja, termasuk yang bekerja di Malaysiakini jika mereka tidak tahu tugas dan tanggungjawab kewartawanan selain dari etika yang patut diikuti, berundurlah dari dunia kewartawanan. Banyak lagi dunia lain di luar, selain dari dunia kewartawanan yang menjanjikan pendapatan. Bukan dengan menulis fitnah sahaja boleh mendapat gaji, sebaliknya menulis ucapan, menjadi petition writer' dan menulis berita-berita ringan juga boleh menjanjikan pendapatan.

Bayangkanlah, jika Khairy Jamaluddin tidak menulis surat kepada Malaysiakini untuk menjelaskan bahawa tiada pengiraan semula undi dibuat bagi kerusi Parlimen Rembau yang dimenanginya, sesiapa sahaja yang membaca 'fitnah' ini akan percaya bahawa pengiraan undi terpaksa dibuat dua kali.

Saya difahamkan, lawan Khairy, Badrul Hisham juga turut menulis (tetapi saya tidak membaca tulisan bekas guru yang banyak cerita tidak seronok di Seremban) mendakwa dia menang dalam kiraan pertama, sekitar 100 undi. Tetapi, dari berita yang saya baca dalam Berita Harian, Sabtu 26 April ini, Badrul Hisham didakwa tidak berada di pusat penjumlahan undi, 8 Mac lalu.

Dari segi logik akal, orang yang menjadi calon bila dia tidak hadir di pusat perjumlahan undi, ada dua sebab. Pertama, sudah tahu dia kalah dan kedua, tidak sanggup menerima kekalahan. Atas kedua-dua alasan ini, "para penyokong Badrul Hisham dan PKR di Rembau, lupakanlah parti dan orang ini. Dia ni bukan jenis pejuang. Kalau bertanding, nak menang aje. Bila kalah, menulis, di merata tempat kononnya, dia tidak kalah, tetapi ada …..macam-macam cerita antaranya dikira dua kali. Dan kiraan kali kedualah yang menyebabkan dia kalah…"

Saya cukup kenal dengan ramai orang-orang keADILan (PKR). Mereka ini semuanya sama nada dan suara dalam bab bohong. Tengoklah macam mana Datu Seri Anwar Ibrahim buat 'psi-war' tentang ada wakil-wakil rakyat BN akan melompat. Siapa yang menyambut 'pembohongannya' itu? Tentunya Azmin Ali. Siapa Anwar dengan Azmin ni… jawabnya "orang kampong semua dah tahu".

Kepada Malaysiakini, kita tunggun apa reaksi mereka dengan tulisan ini dan kpada wartawan-wartawan dari kalangan orang-orang Melayu di Malaysiakini, berfikirlah sejenak… kerana kita yang beragama Islam akan berdepan dengan Allah swt di akhirat kelak. Fitnah yang kita buat akan kita tanggung sendiri. Malaysiakini tidak ada bersama-sama kita waktu itu.

Suara Azman Mat Sah Tidak Mewakil keseluruhan Rakyat Di Rembau.

Petikan : http://www.prokhairy.com


Oleh : Along Kg Sogo Hilir (Parlimen Rembau)

Bukan mudah mahu jadi popular dan bukan mudah juga untuk mencari jalan kekayaan dengan cara yang baik. KJ adalah Public Figure yang laku dalam industri berita di tanah air.

Tambah lagi jika ada sengketa dengan KJ dan berlaga arus dengan KJ dan dalam keadaan sekarang, sesaiapa sahaja yang berlaga angin dengan KJ akan cepat lah popular kerana berani meneggak kebenaran , kononnya.

Al kisah si mamat yang bernama Azman Mat Sah salah seorang Exco Pemuda di Rembau yang bercita -cita tinggi dalam kehidupan , menentang KJ kerana tidak berpuas hati dengan KJ.Ini adalah tentangan peribadi Azman kerana baru-baru ini apabila dia membuat mesyuarat tergempar bagi membentangkan usul undi tidak percaya kepada KJ , korum yang dijemput tidak mencukupi untuk membentangkan usul berkenaan , jelas kami merasakan bahawa usul ini adalah usul peribadi beliau dan tidak langsung mendapat sokongan dari Pemuda di Rembau.

Eloklah Azman jangan gunakan nama Pemuda Rembau sebagai Platform untuk suara peribadi.. Khabar dari Rembau pula menyatakan Azman ini sememangnya mempunyai rekord yang kurang enak untuk di ceritakan melalui halaman ini kerana ianya akan mengaibkan pihak-pihak tertentu.Azman ini sememangnya jenis orang yang sentiasa tidak puas hati.

Azman yang kami ketahui adalah seorang Pemuda yang mahu segala kehendaknya sentiasa dipenuhi dan di turuti. Jika beliau memohon sepuluh projek dan 9 projek diluluskan dan hanya 1 projek gagal dimiliki Azman , Azman akan bertindak agresif menghentam pemimpin UMNO kerana tidak dapat prijek yang satu itu.

Sedangkan yang sembilan lagi tidak akan diambil kira oleh Azman. Sebenarnya suara Azman tidak mewakili suara rakyat di Rembau dan rata-rata rakyat di Rembau berpuas hati dengan wakil Parlimen mereka.Azman tidak perlu mencanang gongnya seolah-oleh semua rakyat di Rembau bersetuju dengan saranannya.

Azman juga jangan jolok sarang tabuan hanya kerana hal-hal peribadi Azman dan memalukan rakyat di Rembau. Kami memeberi Azman amaran agar jangan memulakan pembakaran hati-hati rakyat Rembau khususnya Pemuda Rembau, kerana yang menyokong Azman hanyalah dua atau tiga kerat sahaja.bagi kami , kami tetap menyokonmg KJ dan jika Azman tidak puas hati , silalah buka gelanggang dan tunjukkkan anak jantan pada pemilihan UMNO yang akan datang.

Jangan hanya berkokok di dada akhbar dengan niat jahat untuk mengaibkan KJ.Kita jumpa di gelanggang.